Thursday, March 3, 2011

10 Nama Malaikat yang kian dilupakan.

Assalamualaikum
Baiklah, pertama sekali saya nak tanya semua orang, 
masih ingat lagi tak dengan nama2 malaikat yang wajib kita ketahui??
Alhamdullilah pada sapa2  yang masih ingat.
Entri kali ni bukan apa, saya cuma nak berkongsi,
sebab sekarang ni ramai dah melupakannya, 
bukan setakat lupa, yang tak tahu
pun ada. 

1. Jibril/Jibrail tugasnya menyampaikan wahyu kepada Nabi2 dan Rasul2 Allah. Jika korang perasan, korang akan ingat tentang Jibrail bila wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W di Gua Hira’. Betul tak?
2. Mikail – menurun rezeki dan menurunkan rezeki. Jadi, sekarang korang tahu malaikat mana yang menjalankan tugas menurunkan rezeki dan hujan.
3. Israfil - meniup sangkakala bila hari hendak Kiamat. Ini antara salah satu tugas yang sangat ditakuti oleh ramai orang. Bila malaikat Israfil menyiup sangkakala, ini menandakan hari kiamat bakal tiba..
4. Izrail – mencabut/mengambil nyawa (malaikat maut). Malaikat nilah yang akan mengambil nyawa kita bila masa kita dah tiba untuk pergi dari dunia ini.
5. Munkar dan
6. Nakir - menyoal mayat dalam kubur. Sebaik sahaja orang hidup meninggalkan kubur yang baru ditanam sejauh 7 langkah, lalu datanglah malaikat berdua ini. Kalau korang banyak buat jahat, pandai-pandailah jawab dalam kubur nanti ekk..
7. Raqib – menulis dan mencatat amalan kebaikan semasa kita di dunia ini (duduk dibahu kanan).
8. Atid – menulis dan mencatat amalan kejahatan semasa kita di dunia ini (duduk dibahu kiri). Dua malaikat ni sentiasa bersama kita. Cuma kita selalu lupa akan mereka. Percayalah, mereka sentiasa tidak jemu menulis setiap amal kebaikan dan kejahatan kita didunia ni. Jadi, jangan buat jahat dan buat amal yang baik selalu.
9. Ridhuan – menjaga pintu syurga. Rasa-rasanya ramai orang namakan anak mereka dengan nama riduan. Mungkin sebab teringat akan nama malaikat Ridhuan. Mungkin dengan harapan, anak mereka menjadi seorang yang baik.
10. Malek - menjaga pintu neraka. Malaikat ni, korang takkan jumpa kalau korang tak masuk neraka. Dengar cerita, wajah malaikat Malek sangat menakutkan ahli-ahli neraka. Betul atau tidak, aku tak pasti. Tak pernah lagi pergi Neraka. Jadi, ianya hanya tinggal persoalan sahaja..
sumber : ohcikgu.com
p/s: ok.selamat beramal...:)

1 comments:

nurhamizatulzullraooh said...

Alhmdulah msih ingt lg smua nama2 malaikat ni..xpe bg ingt slalu spaya xlupa tima ksih atas pkngsian ni..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons