skip to main | skip to sidebar
  • Home
  • Gallery
The Mahasiswa
  • Home

Keindahan alam di Mengkuang Dam

Lihat koleksi gambar keindahan alam di waktu pagi di Mengkuang Dam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjibIOVssoW8mxhPlYntuYXQjCx_MaeMV_doV_6JSGYjL0tTyur6oFA2iQRgXDnEqDn1jxGsuI2Qt-gn_ubMAJHgpkdVmap83msFt-2-KUpp_N5q4nEUX0-uys-_-USHFzgW1spRtZPTdPV/s640/26022011129.jpg

'Edit' Photoshop yang 'fail'

tak semestinya orang yang dah 'power' gila guna photoshop tu bagus sangat, diorang pon kadang kadang ada buat 'mistake'. Lagi teruk kot.

Misteri Ka'abah

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa... Baca Selanjutnya

Seni reka menggunakan pencukil gigi

Lihat bagaimana bangunan dihasilkan dengan hanya menggunakan pencukil gigi

Kereta Tin

Lihat gambar gambar kereta kecil yang di bina dengan menggunakan tin yang terpakai

Tuesday, August 23, 2011

Pelajar Uitm Merbok dikelar oleh rakan sebilik

12:01 AM Haqim Mohamad 1 comment
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Seorang pelajar lelaki sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Merbok dekat Sungai Petani cedera apabila lehernya dikelar oleh rakannya kira-kira jam 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata ketika kejadian mangsa Mohd Khairil Amir Zulkifli, berumur lingkungan 20-an, sedang tidur dalam bilik asramanya di IPTA berkenaan.

"Suspek mengelar leher mangsa ketika mangsa sedang tidur dan kita tidak pasti lagi sama ada suspek tersebut rakan sebiliknya atau tidak dan ia masih dalam siasatan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Sungai Petani hari ini.

Katanya, suspek bertindak demikian kerana dipercayai berada dalam keadaan tertekan dan tidak dapat berfikir dengan waras sehingga cuba untuk membunuh mangsa.

"Dipercayai suspek baru putus cinta sehingga memberi tekanan kepadanya, fikiran jadi tidak menentu dan akhir sekali telah mengelar leher mangsa," katanya.

Hashim berkata mangsa yang berasal dari Kangar, Perlis telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala suspek belum dapat dikesan.

"Kita masih giat mencari suspek bagi membantu siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh," katanya.

Sementara itu bapa mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zulkifli berkata beliau mendapat panggilan telefon daripada IPTA terbabit pada kira-kira jam 6.15 pagi tadi dan tiba di hospital berkenaan kira-kira dua jam kemudian.

"Ketika saya tiba di hospital lebih kurang pukul 9 pagi anak saya masih belum dibawa masuk untuk pembedahan, dia dibawa masuk ke dewan pembedahan kira-kira pukul 12 tengah hari tadi," katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim.

Katanya anak lelakinya itu ditikam di leher sebelah kiri dan beliau dimaklumkan oleh doktor bahawa anaknya itu tidak mengalami kecederaan serius.

Zulkifli berkata beliau difahamkan bahawa anaknya tidak pernah berselisih faham dengan suspek dan anaknya menyedari lehernya dikelar apabila pergi ke tandas.

"Berdasarkan apa yang saya tahu daripada anak saya sebelum dia menjalani pembedahan, dia sedar yang lehernya dikelar ketika dia pergi ke tandas ketika melihatnya di cermin," katanya. 
Read more »

Monday, August 22, 2011

Watch Man Utd vs Tottenham Hotspur 2011 Live Streaming Online Free

9:13 PM Haqim Mohamad No comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Read more »

Sunday, August 21, 2011

Fesyen Kasut Raya 2011

2:16 PM Haqim Mohamad No comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

s



Style kan..?? Siapa berminat untuk memilikinya sila lah cari kaki kuda dan sarung je dekat kaki.haha 
Read more »

Saturday, August 20, 2011

K.NEWS : Kang Ho Dong tinggalkan 1N2D

6:15 AM Haqim Mohamad No comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook




DESAS-DESUS mengenai pengunduran pengacara (MC) popular Kang Ho Dong daripada program 1 Night 2 Days’ (1N2D) - Dua Hari Satu Malam nampaknya semakin bertiup kencang.
Terbaharu, produser yang juga pengarah program itu, Na Young Seok pula dikatakan telah menghantar surat peletakan jawatan.
Bagi peminat program realiti Korea, Ho Dong dan pengarah Na ialah dua nama yang cukup sinonim dengan 1N2D.
Justeru tidak hairanlah dalam laman web popular seperti Soompi, AllKpop dan sebagainya, komen tentang pengunduran kedua-duanya daripada program realiti pelancongan popular itu datang mencurah-curah.
Ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku di sebalik keputusan itu, malah tidak kurang yang berandaian “mungkin ada pihak yang telah menyinggung perasaan mereka berdua”.
Jika benarlah Ho Dong meninggalkan 1N2D, siapakah yang layak menggantikan tempatnya sebagai hos utama?
Walaupun aksi ‘terjerit-jerit’ Ho Dong ketika mengendalikan program itu kadangkala menjengkelkan, tidak dapat dinafikan beliau memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana.
Sebelum ini, anggota tim 1N2D pernah bertukar ganti namun program itu masih hidup kerana Ho Dong kekal di situ.
Apabila Kim C meninggalkan program itu, ramai peminat bersedih namun mereka akhirnya menerima penggantinya Kim Jong Min. Begitu juga yang berlaku apabila MC Mong terpaksa berundur kerana kes mahkamah yang dihadapinya, kehadiran ahli baru Uhm Taewoong dialu-alukan peminat program ini.



Perasaannya juga dijangka sama jika anggota lain – Eun Jiwon atau Lee Su Geun membuat keputusan berundur. Cuma mungkin sedikit terjejas jika bintang muda berbakat, Lee Seung Ki yang berbuat demikian.
Difahamkan keputusan Ho Dong dan pengarah Na untuk berundur tidak ada kaitan dengan perasaan tersinggung, cuma kedua-duanya ‘dipancing’ stesen lain dengan tawaran lebih lumayan.
Khabar angin itu mungkin berasas memandangkan dua bekas pengarah 1N2D kini sudah menyertai rangkaian kabel terbabit.
Mungkinkah 1N2D akan berkubur seperti juga program Love Letter dan X-Man? Atau mungkin inilah masanya untuk anggota 1N2D lain menyerlah sebagai MC?
Read more »

Friday, August 19, 2011

Kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers sah milik Tony Fernandes

12:25 AM Haqim Mohamad 1 comment
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook





KUALA LUMPUR, (D5) - Tony Fernandes telah melengkapkan pembeliannya ke atas kelab baru naik ke Liga Perdana Inggeris iaitu Queens Park Rangers (QPR) hari ini.

Fernandes dengan ini memiliki 66% pemilikkan ke atas kelab dan akan menjalin kerjasama dengan keluarga Mittal yang memegang 33% saham.

Pengambilalihan ini menyaksikan jutawan penerbangan Asia berusia 47 tahun tersebut akan memegang jawatan selaku pengerusi QPR Holdings Ltd. dan turut bersama akan mengendalikan kelab tersebut ialah pemilik Tune Group Kamarudin Meranun.

Sebelum Fernandes cuba mendapatkan satu lagi kelab Inggeris iaitu West Ham tetapi menemui jalan buntu.

QPR merupakan sebuah kelab yang baru naik ke EPL selepas menanti hampir 15 tahun.

"Semua orang tahu saya sentiasa mengikuti perkembangan West Ham sepanjang hidup saya, tetapi QPR juga berada di sudut kecil hati saya," kata beliau.

"Saya mahu terlibat dalam bolasepak dan peluang yang diberikan QPR ini sesuatu yang sukar untuk ditolak," tambah Fernandes.
 


Read more »

Tuesday, August 16, 2011

Harga Emas meningkat 20% tahun ini.

3:02 PM Haqim Mohamad 1 comment
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook


Harga emas dunia sudah melangkaui 20% sepanjang tahun ini(daripada 1hb Januari sehingga Ogos 2011) dan ianya dijangka terus meningkat.
Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam kenaikan harga emas dunia.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini kelmarin.
Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.
“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.
”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.
Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta.
Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000.
Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik.
”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,”ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini.
Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang.

lebih info di DinarDirham.com
Read more »

Wednesday, August 10, 2011

Lagi remaja hina Al-Quran di Facebook.

4:01 PM Haqim Mohamad 2 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook


Belum pun reda kes Hajjah Sitt Al-Wuzara hina Islam, kini muncul lagi ramai remaja yang menghina Islam. Kali ini mereka menghina kitab Allah, kitab Al-Quran. 

Dah besar nanti dia akan murtad.
Kami dulu pun dari kecik khatam Quran banyak kali.

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُوْلَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ.
Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam) lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya. [al-Baqarah 2:217]


Sayangnya amal yang dilakukan selama ini, hilang tanpa dihitung apabila seseorang itu murtad.
Jelasnya dalam hal ini, seseorang yang murtad dan menzahirkannya, hukum bunuh mesti dilaksanakan sekiranya orang yang murtad itu tidak mahu bertaubat.



Read more »

Thursday, August 4, 2011

Johan Raja Lawak penyampai baru radio Era

7:49 AM Haqim Mohamad 1 comment
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook



Read more »

Monday, August 1, 2011

Maksud bacaan dalam solat

7:16 PM Haqim Mohamad No comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook




Takbiratul-Ihram / Takbir

Allahu Akbar (الله أكبر)
Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
Read more »

Video Harimau Muda vs Topvar Topolcany, 2-1

6:32 AM Haqim Mohamad No comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Harimau Muda menentang Topvar Topolcany. Perlawanan berkesudahan 2-1 dengan kemenangan kedua diperolehi skuad Harimau Muda selepas menang 1-0 pada perlawanan pertama menentang kelab Bodva Moldava. Gol Harimau Muda dijaringkan pada minit 64' Mohd Ferris Danial, dan minit 87' oleh Mohd Fandi Othman.


Read more »

Newer Posts Older Posts Home
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Popular Posts

  • Cara nak kira GPA dan CGPA
  • Gila kreatif - Kereta Tin
  • Dapat Ganjaran Menerusi Kempen ChurpChurp
  • 'edit' Photoshop yang 'fail' dalam majalah!!
  • Tips untuk siKurus gemukkan badan
Powered by Blogger.

Tentang Aku

My photo
Haqim Mohamad
View my complete profile

Followers

'Like' FB page kalau suka blog ini:)


ShoutMix chat widget

jom baca

1 click please

Campaign Campaign Campaign Campaign Campaign Campaign Campaign Campaign Campaign Campaign Campaign Campaign Campaign Campaign Campaign Campaign

Blog Archive

  • ▼  2011 (178)
    • ►  December (4)
    • ►  October (5)
    • ►  September (11)
    • ▼  August (10)
      • Pelajar Uitm Merbok dikelar oleh rakan sebilik
      • Watch Man Utd vs Tottenham Hotspur 2011 Live Strea...
      • Fesyen Kasut Raya 2011
      • K.NEWS : Kang Ho Dong tinggalkan 1N2D
      • Kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers s...
      • Harga Emas meningkat 20% tahun ini.
      • Lagi remaja hina Al-Quran di Facebook.
      • Johan Raja Lawak penyampai baru radio Era
      • Maksud bacaan dalam solat
      • Video Harimau Muda vs Topvar Topolcany, 2-1
    • ►  July (23)
    • ►  June (46)
    • ►  May (16)
    • ►  April (10)
    • ►  March (36)
    • ►  February (14)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (1)
    • ►  October (1)

 
Copyright © 2011 The Mahasiswa | Powered by Blogger
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons