
Suasana politik negara yang sentiasa 'panas' dengan pelbagai isu agama, bangsa, dan negara ketika ini seperti contoh isu kemerdekaan, komunis dan Bukit Kepong yang dipertikaikan oleh individu yang kononnya lebih pandai dan tahu hal yang sebenar.
Dalam pada itu, kesempatan ini diambil pengarah muda berbakat Syamsul Yusofapabila khabarnya akan menggarap semula filem Bukit Kepong selepas filem Bukit Kepong yang pertama diterbitkan pada tahun 1981 arahan Tan Sri Jins Shamsudin.
Harapan pengarah muda ini dinyatakan sendiri di laman blog beliau sendiri prodigiousburnsoul.blogspot.com "Buat masa ini,dalam kesibukan membaik pulih filem “BOHSIA-Jalan Kembali”,aku bersama-sama 2 orang sepupuku Dr.Anwar Fazal dan Rizal Ashreff giat mengkaji,menyelidik...