korang semua tahu tak dari mana datangnya perkataan 'elektrik' tu?
ha,kalau nak tahu jom baca ni..
Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.
Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta
lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu
hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah
Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada
hasil ciptaan Thomas Edison itu.
Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah
Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan
kuat."Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )Thomas Edison
berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa
"ele..trick" .
Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan
orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu,
maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang
sumber : lawakjenaka.com
p/s : memang ngok gila aarr...haha
2 comments:
hahahaha...seyes kelakar..
cam logik gak pun ada gak.. memang kreatif la.. lalala~ ^^,
haha kena trik la aku
Post a Comment