Walaupun dah bersara hampir 3 tahun, itu bukan menjadi penghalang bagi pelumba lagenda formula 1 Michael Schumacer untuk menerima gaji paling mahal bagi pelumba formula 1 bagi musim tahun 2010. Juara tujuh kali formula 1 itu yang kembali kekancah Formula 1 untuk membuat penampilan semula pada tahun 2010 mengikat kontrak selama 3 tahun bersama pasukan MERCEDES GP dengan bayaran gaji tahunan $33.48 juta dollar, itu belum termasuk bonus tambahan seperti menang perlumbaan.
Fuuhh..masyuk gila mamat ni.
Maknanya kalau ikutkan perkiraan ilmu hisab, selepas campur bahagi darab semua, Michael ni menerima bayaran gaji $1.8 juta dollar untuk setiap perlumbaan. Dalam kalendar F1 musim 2011 ni akan ada 19 perlumbaan, 18 perlumbaan jika litar Korea tidak siap pada masanya.
Bayangkan dalam sebulan ada 2 perlumbaan. da nak dekat $4 juta dollar tu.. Belum convert jadi duit Malaysia... MAK AI..KAYO AWOK!!
Pelumba kedua yang menerima bayaran tertinggi ialah Fernando Alonso dari pasukan Ferrari dengan bayaran gaji tahunan $24.1 juta dollar, Lewis Hamilton dari Macleren $21.4 juta dollar.
0 comments:
Post a Comment