Sunday, October 23, 2011

Video Kemalangan Ngeri Marco Simoncelli Motogp 2011 Sepang

Amaran! Video ini agak ngeri untuk tontonan umum. Siapa-siapa yang ada lemah jantung tu jangan la tengok. Kejohanan MotoGP di litar Sepang terpaksa dibatalkan ekoran kemalangan ngeri maut yang membabitkan penunggang motor pasukan Honda Marco Simoncelli yang terbabas pada seawal pusingan pertama.  Marco yang terjatuh dari motornya dirempuh oleh dua penuggang motor lain dan menyebabkan helmet yang dipakainya tercabut. ...

Wednesday, October 19, 2011

Undian Bolasepak Sukan SEA : Malaysia dalam kumpulan maut

Majlis undian untuk acara bolasepak bagi kejohanan Sukan SEA yang diadakan di studio RCTI, Jakarta telah selesai dijalankan sebentar tadi.  Bagi penyandang juara pasukan Malaysia bakal menerima cabaran sukar dalam acara bolasepak dalam kejohanan kali ini apabila diundi di dalam kumpulan A yang dilabel sebagai kumpulan MAUT bersama Singapura, juara 13 kali Thailand, Kemboja dan tuan rumah Indonesia.  Pemenang pingat perak pada temasya Sukan SEA di Laos pada 2009, Vietnam pula dilihat menerima laluan yang lebih mudah apabila diundi dalam Kumpulan B bersama Brunei, Timor Leste, Filipina, Myanmar dan Laos. Pasukan negara bakal berdepan dengan Singapura pada perlawanan pertama sebelum berdepan Thailand, Kemboja, dan Indonesia. UNDIAN...

Keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w

    Hadis-hadis dibawah ini pula adalah tentang keistimewaan yang baginda perolehi sebagai Rasul dan kita sebagai umatnya. 1- Rasullullah s.a.w. Penghulu Manusia Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Akulah penghulu manusia pada hari Kiamat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Keterangan:- Nabi s.a.w. mengatakan sebegini untuk menceritakan nikmat Allah s.w.t. Ia juga merupakan nasihat supaya kita mengetahui hak terhadap baginda s.a.w. (Tuhfah al-Ahwazi) 2- Rasullullah s.a.w. Sebagai Rahmat Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan sebagai rahmat." (Riwayat Muslim) 3- Pendidik Insan Berakhlak Mulia Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya...

Tuesday, October 11, 2011

Maharaja Lawak Mega 47 pelawak otai bakal bersaing

Melihat kejayaan besar yang dimiliki menerusi program Maharaja Lawak yang lalu, pihak Astro Warna membawakan pula sebuah lagi program istimewa untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara berjudul Maharaja Lawak Mega. Bakal memulakan siaran secara langsung pada setiap hari jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober, program ini menampilkan 47 orang pelawak professional dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.  Masih menggunakan format dan konsep yang hampir sama, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan system pemarkahan juri tetap dan undian penonton. Kuasa Imuniti tetap dimiliki oleh ketiga-tiga juri tetap dan akan digunakan selepas mendapat persetujuan ketiga-tiga...

Monday, October 10, 2011

MURAI : Raja Lawak 6 bersiaran di Astro Warna

Setelah 5 tahun berturut-turut bersiaran di Astro Prima saluran 105, akhirnya pihak Astro telah membuat keputusan untuk menyiarkan program Raja Lawak 6 (RL6) kmenerusi Astro Warna dalam pakej Astro Mustika pada Januari depan. Mengulas mengenai peralihan RL6 ke saluran Astro Warna, naib presiden bahagian perniagaan Melayu, Khairul Anwar Salleh menyatakan, perancangan perpindahan itu sudah pun lama dibuat tetapi baru sekarang ianya dapat ditunaikan. "Ketika kami membuat perancangan program untuk 2012, kami melihat program RL6 wajar diubah ke Astro Warna memandangkan Astro Warna merupakan satu destinasi yang khusus untuk membuat penonton gelak ketawa. Sejujurnya, perancangan ini sudah lama mahu direalisasikan, namun tatkala itu masih belum...

Pages 381234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons