Majlis undian untuk acara bolasepak bagi kejohanan Sukan SEA yang diadakan di studio RCTI, Jakarta telah selesai dijalankan sebentar tadi.
Pemenang pingat perak pada temasya Sukan SEA di Laos pada 2009, Vietnam pula dilihat menerima laluan yang lebih mudah apabila diundi dalam Kumpulan B bersama Brunei, Timor Leste, Filipina, Myanmar dan Laos.
Pasukan negara bakal berdepan dengan Singapura pada perlawanan pertama sebelum berdepan Thailand, Kemboja, dan Indonesia.
UNDIAN BOLA SEPAK DI SUKAN SEA 2011:
KUMPULAN A: MALAYSIA, Indonesia, Singapura, Thailand, Kemboja
KUMPULAN B: Vietnam, Laos, Brunei, Timor Leste, Myanmar, Filipina
Jadual Perlawanan:
9/11 Singapore vs Malaysia
11/11 Malaysia vs Thailand
15/11 Malaysia vs Cambodia17/11 Indonesia vs Malaysia
Skuad Sukan SEA U23 kendalian harus memberikan cabaran dan tunjukkan permainan yang bermutu, pertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu dan buktikan kebangkitan semula Harimau Malaya perlu digeruni walaupun skuad senior negara kini dikritik hebat selepas menerima beberapa kekalahan dalam kesemua perlawan persahabatan sebelum ini.
Duka yang terpaksa dihadapi ketika ini perlu diubati semula skuad Harimau Muda ini bagi mengembalikan keyakinan peminat, kerana mereka masih sayangkan bolasepak negara.
2 comments:
Huhuhu bola lagi. Ingat dah habis. hehe
bahan kite ei,,haha
Post a Comment