Monday, April 4, 2011

[video] Kami mahu USOP WILCHA jadi pemenang ABP!!

sape setuju angkat tangan macam saya..haha;p
Assalamualaikum..Best gila tengok ABPBH malam tadi.. best pon mungkin sebab pengacara malam tadi yang tak habis2 buat lawak je kan. Tahniah kepada pengacara Zizan, Raja Azura dan Sharifah Shahirah kerana telah berjaya memeriah dan menyerikan malam anugerah dengan jayanya. 


Tapi yang paling seronoknya anugerah malam tadi adalah gimik sewaktu kemuncak anugerah untuk anugerah bintang paling popular apabila Usop Wilcha dengan Abi Hurairah (Johan) naik ke atas pentas untuk mengumumkan pemenang. Sapelah yang xkenal usop wilcha ni kan..


 Sekarang ni jadi macam satu fenomena kat dalam negara kita kot, pergi mana2 je mesti ada orang yang tiru gaya usop wilcha ni, siap hafal sume dialog si usop ni. haha.. Apa2 pon kemunculan diorang ni memang menceriakan majlis dan membuatkan seluruh dewan riuh, mana tak nya.. Semua orang gelak tengok gelagat diorang ni.. 


Kat bawah ni ada video ABP malam tadi.. tapi part USOP WILCHA je lah...xD



Sunday, April 3, 2011

Cerita Lawak Part 1

Mandi Lumpur


Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."







Kalau Abang Meninggal / Kalau Ayang Meninggal
Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…







Bangkai Gajah


Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.

Saturday, April 2, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 1

tonton video MAHARAJA LAWAK di GUATVCOM
Muat turun video [FULL LENGTH] di MEGAUPLOAD

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons