Wednesday, March 30, 2011

'April Fool' itu haram dalam Islam tahu tak!!


Assalamualaikum...Pejam celik mata tak sangka dah nak berakhir bulan MAC. Selang lagi dua hari dah nak masuk bulan APRIL. Rasa sekejap sangat masa ni. Bila masuk je bulan April ni, mesti kita semua akan teringat satu perkara kan. 'OFCOZ' lah April FOOL!! hari kita nak pedajal orang. Tapi....
korang tahu tak cerita sebenar di sebalik hari 'April Fool' ni.. Kalau korang kisah dan sayangkan Islam..korang mesti kena baca ni ok!
gambar sekadar hiasan

SETIAP kali muncul tarikh 1 April, rakyat negara ini termasuk umat Islam beriya-iya menyambut ‘April Fool’ dengan menggemparkan sanak saudara dan rakan taulan.
Selain `Hari Valentine’ yang sudah sinonim dengan masyarakat Islam negara ini tetapi lebih kepada soal berkasih- sayang, `April Fool’ pula menjurus kepada berseloroh ataupun bergurau.
Bagaimanapun, ada cerita sedih kepada masyarakat Islam di sebalik `April Fool yang perlu dijadikan renungan dan dihentikan sambutannya.
Adalah dipercayai sambutan `April Fool’ mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol.
Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera Kristian.
Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.
Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol, justeru, mereka membuat helah.
Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan.
Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.
Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam.
Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar.
Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai `April Fool’s Day’.
Apa yang pasti setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang Islam begitu taksub dengan budaya `pandang ke Barat’ menjadi begitu sibuk sekali dengan kepala mereka penuh dengan senarai mangsa untuk dipermain-mainkan.
Kepala mereka juga ligat merangka bentuk ‘penganiayaan’ yang bakal dilakukan demi memastikan mereka puas melihat muka mangsa gurauan `April Fool’ mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.
Bagaimanapun, kadang kala lawak `April Fool’ yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan.
Sebagai contoh kisah benar yang telah berlaku apabila seorang suami yang jahil mengenai agama, telah mengucapkan, “Aku ceraikan kau dengan talak tiga” pada isterinya dengan niat untuk melawak.
Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan `April Fool’.
Selepas itu, giliran suami pula meraung apabila diberitahu talak yang dilafazkan secara bergurau itu sebenarnya sudah pun jatuh dan dikira sah.
Apa yang menyedihkan ialah umat Islam di negara ini mudah mengingati sambutan pelik masyarakat bukan Islam terutama Barat tetapi lupa mengenai hari kebesaran hari di dalam Islam. Sampaikan hari nak menyambut Maulidur Rasul pon ada orang mempertikaikan. 

Kemungkinan kebanyakan masyarakat negara Islam di negara kita ni mungkin tidak tahu kisah sebenar mengenai 'April Fool' dan sebab itu mereka masih sambut.  Tak rugi kalau kita sama2 sebarkan kepada semua umat Islam bahawa kita ni sebenarnya diperbodohkan dengan sambutan yang diraikan oleh orang barat walhal sebenarnya 'April Fool' ni sebenarnya adalah hari meraikan pembunuhan saudara Islam kita dan jika masih sambut "April Fool' ni samalah seperti kita mempersendakan Islam dan diri kita sendiri.
bak kata 'lecterur' saya kalau ada orang buat 'April Fool', TOMBOK je muka die!!
p/s : sebarkanlah benda ni kei.sama2 kita beramal. 

Saturday, March 26, 2011

LIVE streaming Malaysia vs Etoile FC

Saksikan Perlawan Siaran Langsung Malaysia Vs Etoile FC secara online disini LIVE STREAMING

konspirasi Yahudi dalam Earth Hour

Assalamualaikum.. agak terkejut bila dapat tahu yang Earth Hour iaitu kempen untuk selamatkan bumi dengan cara semua masyarakat dunia menghentikan penggunaan elektrik selama sejam sebenarnya adalah satu konspirasi Yahudi. 






ketahui lebih lanjut mengenai 
KONSPIRASI ILLUMINATI-FREEMASON DALAM EARTH HOUR 
MITOS GLOBAL WARMING 
PENGGUNAAN LILIN

sila baca artikel di laman ini Macjay.net




Thursday, March 24, 2011

Sape mamat ni??





assalamualaikum.. korang sume mesti kenal dengan mamat kat atas ni kan..
ok.sape yang xkenal Syamsul Yusof ni kan. tapi macammana dengan yang kat bawah ni plak. Korang kenal k?

mamat ni nama die Syafiq Yusof, kiranya adik Syamsul Yusof la ni. Ok,kenapa saya buat entri pasal die. Sebenarnya saya tahu pasal die ni pon dari channel die kat Youtube. Syafiq ni ada upload video pendek yang die buat kat channel die. Agak menarik dan kreatif jugak la budak ni. kalau xpecaye korang boley tengok antara video yang die buat kat bawah ni..



 Kalau korang nak tahu, Syafiq Yusof ni pon da turut terbabit dalam industri hiburan negara kita.. Apa yang die dah buat? Sekarang ni die dah jadi pengarah pon utk drama Gerak Khas kat tv2 tu. Dan kalau korang nak tahu jugak si Syafiq ni baru je berumur 18 tahun. Muda gile kot dah jadi pengarah. 




Wednesday, March 23, 2011

Bila haiwan 'over'

Assalamualaikum..
Manusia ni kadang2 ada yang over,
 tapi kadang2 tu bukan
setakat manusia je yang over.
 Haiwan pon sama je.

jom tengok gamba bawah ni.
.
.
.



]
elei, depan awek buat2 comel konon

hanjeng?

baca apa tu wei?

ok.dah cantek da tu..

poyo betol hanjeng ni..

ini sudah lebey..

kurang ajo hanjeng ni..

tupai nak jadi photographer?

kuang ajo berok ni!








Sunday, March 20, 2011

Tentera AS, Britain dan Perancis isytihar perang ke atas Libya

TRIPOLI 20 Mac – Tentera Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis membedil Libya dengan peluru berpandu Tomahawk dan serangan udara sehingga ke awal pagi ini, mencetuskan kemarahan Muammar Gaddafi yang mengisytiharkan kawasan Mediterranean sebagai ‘medan pertempuran’.
Kapal-kapal perang AS dan sebuah kapal selam Britain melancarkan sekurang-kurangnya 110 peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan udara dan sistem pertahanan udara rejim Gaddafi, lapor tentera AS.
Pegawai Libya berkata, sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh dalam bedilan yang bermula pada 1645 GMT semalam (12.45 malam tadi waktu Malaysia) dengan satu serangan jet pejuang Perancis ke atas sebuah kenderaan tentera pro-Gaddafi. – AFP





sumber : Utusan Malaysia

Follower saya yang ke 100!! wohhhoooo


Assalamualaikum

Sedar xsedar sekarang ni follower blog saya dah pon
mencecah 100 orang setelah saya kembali aktif 
bebloging sebulan yang lepas. Alhamdullilah. Terima kaseh 
untuk semua blogger yang dah follow blog saya. 
Anda semua amatlah dihargai...............:)
Terima kaseh! Arigato! ham-sa-me-ta! :)

untuk follower saya yang ke 100 dan yang bertuah ni 
Terima kaseh ye cik farahana.
haa korang,cik farahana ni tengah buat contest
sekarang ni, jom la ramai2 join k. 
kita support sesama blogger.heee:)

Saturday, March 19, 2011

Friday, March 18, 2011

Undian suku akhir Liga Juara - Juara (EUFA Champions League)







Suku Akhir (5/6 dan 12/13)
Real Madrid CF (ESP) vs Tottenham Hotspur (ENG)
Chelsea FC (ENG) vs Manchester United FC (ENG)
FC Barcelona (ESP) vs Shakhtar Donetsk (UKR)
FC Inter Milan (ITA) vs FC Schalke 04 (GER)









Separuh Akhir (26/27 April dan 3/4 Mei)
1: Inter/Schalke v Chelsea /Manchester United
2: Madrid/Tottenham v Barcelona/Shakhtar



Akhir (28 Mei, Wembley)
Juara Separuh Akhir 1 vs Juara Separuh Akhir 2

Thursday, March 17, 2011

IBNUSHUKRAN: "TIME GUESS CONTEST"



Assalamualaikum

hai semua rakan2 blogger yang kacak nsem cantek hot ap bnde sume la...:)
Entri saya kali ni nak bagitahu pasal contest "TIME GUESS"., maknanya 
teka masa la kan. TEKA MASA? eleh,cam senang je.(peh,blagak gila x hengat!.haha.. 
Dengan sukacitanya saya telah pon join contest ni setelah diTAG oleh tuan
 penganjurnya sendiri iaitu encik IBNUSHUKRAN. Bangga kot! haha


JAWAPAN SAYA : 9.15

Kalau nak tahu syarat2 pertandingan baca kat bawah ni kei..


1. Syarat pertama ialah menjadi follower IBNUSHUKRAN.

2. Kedua ialah membuat entri mengenai ini beserta jawapan.
cnth jawapan : 5.20
tajuk entri ialah IBNUSHUKRAN: "TIME GUESS CONTEST"
Di dalam entri anda dikehendaki meletakkan banner "TIME GUESS" 
dan link ke blog ini . 
Kalau nk letak kt sidebar lagi sy amat hargainya.

3. Ketiga ialah tag at least 3 orang dan pastikan dia tahu.

4. Keempat ialah tinggalkan link anda di post comment.

Tarikh tutup : 20/4/2011


mangsa TAG saya :)
Fatin Nabilah

ok. itu saja:)





kau 'bagaikan bidadari'..


*
Bagai sebuah cerita aku dan dia
Bermula hanya matanya yang mempersona
Dia membuatkan hari-hariku
Bagai sempurna tiada celanya
Malam ku gelisah siang ku bertanya
Jika kau tak bersama
**
Hadirmu bagaikan bidadari
Melengkapkan langkahku yang terhenti
Kaulah permaisuri gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku kan berhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu
Tak pernah hilang
Tak akan pergi
Ulang * & **
Kita kan terus bersama
Bukan untuk seketika tapi untuk selama-lama
Jangkauan kasih kita hingga ke akhirnya
Hidup kita bagai di syurga
Ulang **
Tak pernah hilang
Tak akan pergi
Tetap di hatiku
Kekal di hatiku
Hanya kamu
Tetap di hatiku
Tetap di hatiku
credit to my beloved ucuk..:)
love u much2 my dear..:)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons