Thursday, June 30, 2011

Wednesday, June 29, 2011

Tonton Live Streaming RTM TV1




RTM TV1 MALAYSIA

Tonton Live Streaming RTM TV1




RTM TV1 MALAYSIA

Tonton Siaran Langsung Perlawanan Kelayakan Piala Dunia MALAYSIA vs TAIWAN (CHINESE TAIPEI) 29 Jun 2011



LIVE streaming World Cup Qualifying Malaysia vs Chinese Taipei (Taiwan), 29 June 2011


Kelayakan Piala Dunia
Zon Asia
1st Leg
                       Malaysia vs Chinese Taipei (Taiwan)
8.45 malam
Stadium Nasional Bukit Jalil

Online Streaming

Tuesday, June 28, 2011

Berita Sekolah : SMTKL mahu jadi SMT terbaik

Bekas sekolah aku masuk 'newspaper' kot.. Cerita mengenai SMTKL yang disiarkan di ruangan portal pendidikan,ADAP, Utusan Malaysia, 19 Mei 2011.

Artikel  Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
pendidikan@utusan.com.my







Ni rupanya pengetua baru..;p
SEKOLAH  Menengah Teknik Kuala Lumpur (SMTKL) merupakan sekolah teknik tertua di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1926 bagi melatih anak-anak Melayu dari Negeri-negeri Bersekutu dalam bidang kemahiran teknikal. 

Sebelum 1962, sekolah ini dikenali dengan nama lain seperti The Federal Malay State Trade School, Junior Technical Trade School dan juga Technical Institute of Kuala Lumpur.

Pada April 2008, SMTKL telah diangkat menjadi Sekolah Menengah Teknik Kluster Kecemerlangan kerana pencapaian yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Pengetua Cemerlangnya, Karteni Osman berkata, pihak sekolah sangat berbangga dipilih sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan dan ini dicapai melalui kemampuan sekolah dalam melahirkan pelajar cemerlang yang seterusnya menyumbang kepada meningkatkan prestasi sekolah. 

"Pihak sekolah akan terus berusaha gigih bagi mengekalkan status Sekolah Kluster dan dalam masa yang sama bercita-cita untuk mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang termasuk dalam matlamat pendidikan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Terdapat empat jurusan yang ditawarkan di sekolah ini iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Perdagangan dengan bilangan pelajar tingkatan empat dan lima seramai 630 orang.

Sekolah turut diperkuatkan dengan tenaga pengajar seramai 60 orang guru serta dibantu oleh 20 kakitangan sokongan.

Menurut beliau lagi, SMTKL menduduki tempat kedua sekolah-sekolah menengah teknik terbaik di seluruh negara dalam pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Selama dua tahun berturut-turut sekolah ini menduduki tempat kedua SMT terbaik di seluruh negara dan kami pihak sekolah akan berusaha lebih gigih bagi menjadi sekolah teknik terbaik pada masa akan datang.

"Walau bagaimanapun, sekolah ini mendapat tempat pertama di kalangan sekolah menengah teknik dan vokasional (SMTV) seluruh negara bagi tiga kursus teknikal yang ditawarkan," ujarnya.

Tiga bidang kebitaraan sekolah pula ialah Jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Pasukan Kadet Bomba dan Pasukan Bola Jaring.

Tambah beliau, sekolahnya merupakan SMTV terbaik dalam Zon Tengah merangkumi negeri Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka dalam pencapaian SPM.

"Seramai 38 pelajar sekolah ini telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 8A, 9A serta 10A dalam SPM 2009 dan  jumlah itu meningkat kepada 44 pelajar pada tahun lalu.

"Jumlah pencapaian semua A dalam SPM masih lagi belum memuaskan dan pihak sekolah akan berusaha lebih gigih dengan mengadakan pelbagai program pengukuhan akademik bagi meningkatkan pencapaian tersebut pada masa akan datang," terangnya.

Karteni memberitahu, antara Program Peningkatan Mata Pelajaran yang telah sedia diadakan di sekolah ini termasuklah Kumpulan Pelajar Dinamik, Kaedah Kumpulan Belajar Sama, Pembelajaran Kendiri, Program Catalyst, Ekspedisi Ilmu, Eksplorasi A Star, Program Motivasi, Sistem Mentor Mentee, Program Achievers, Program Prep Malam Terbimbing dan lain-lain.

"Program-program ini disusun bagi memberi bimbingan secukupnya kepada para pelajar terutamanya dari segi akademik dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian mereka," tambahnya.

Katanya lagi, pihak sekolah berharap agar kemenjadian pelajar di sekolah ini terus meningkat dan mencapai tahap yang membanggakan dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti kepada negara.

"Pihak sekolah akan terus berusaha gigih bagi mencapai matlamat untuk menjadi SMTV terbaik di negara ini.

"Ia tidak mustahil untuk dicapai jika semua pihak termasuklah guru-guru, para pelajar dan pihak ibu bapa sama-sama berganding bahu dan menyumbang tenaga dan usaha untuk meningkatkan prestasi sekolah dalam apa jua bidang," terangnya.

Pencapaian Sekolah:

2005     - Tempat Pertama Anugerah Kualiti Koperasi Wilayah Persekutuan
    - Tempat Ketiga Anugerah Sekolah Harapan Negara
2007    - Tempat Pertama Anugerah Koperasi Sekolah
    - Tempat Pertama Anugerah Inovasi Negara
2008    - Tempat Kedua Anugerah Pusat Sumber Terbaik Wilayah Persekutuan
2010    - Tempat Kedua Pencapaian SPM 2009 (Antara Teknik)
2010    - Tempat Ketujuh Pencapaian SPM 2009 (Kuala Lumpur)


Pencapaian Kokurikulum:

2009    - Tempat Ketiga Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (Lelaki Menengah) Peringkat Kebangsaan
    - Johan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (Lelaki Menengah) Peringkat Negeri
    - Johan Kadet Bomba & Penyelamat Peringkat Negeri
    - Johan Kelab Teknikal Peringkat Negeri
    - Naib Johan Pesta Pantun Peringkat Negeri
2010    - Tempat Kelima Ekiden Run Peringkat Antarabangsa
    - Johan Bahas Bahasa Inggeris Peringkat Negeri
    - JOhan Bola Jaring Peringkat Negeri
    - Naib Johan Rekacipta Peringkat Negeri
    - Johan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan
    - Johan Reka Cipta (KAT) Peringkat Negeri
    - Naib Johan Reka Cipta Grafik Kerjaya Peringkat Negeri


sumber : adap.com.my

Hantu Bonceng : Filem terbaru Ahmad Idham lakonan Zizan Raja Lawak


Sempena sambutan Aidilfitri dan sambutan bulan kemerdekaan, Hantu Bonceng (HB), lakonan hebat Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz dan ramai lagi, bakal memeriahkan sambutan musim berkenaan.
Hantu Bonceng merupakan filem kelima terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh pengarah terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
VIDEO TRAILER

Filem yang berkisarkan kisah seorang pemuda bernama Amran yang gemar berlumba motor drag secara haram. Konflik bermula apabila gadis Bohsia iaitu Maya yang dimenanginya dalam sebuah perlumbaan haram terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia setelah dibonceng oleh Amran. Sejak kejadian itu hidup Amran tidak tenteram kerana sering diganggu oleh hantu Maya yang meminta supaya mayatnya disempurnakan. Amran meminta bantuan kekasihnya, Halimaton serta rakannya Kunyit untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu.
Apakah yang bakal berlaku seterusnya kepada Amran?
Nantikan tayangan filem komedi yang bakal membuatkan anda pecah perut ini di pawagam bermula 31 Ogos 2011 bersamaan Hari Raya Aidilfitri ini.

p/s : Kalau Johan Raja Lawak ada mesti lagi 'best' filem ni.. kan kan??

Monday, June 27, 2011

Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia Malaysian vs Taiwan, 29 Jun 2011





PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA DUNIA
ZON ASIA
1ST LEG
MALAYSIA VS CHINESE TAIPEI 
8.45 MALAM
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL




Kepada penyokong setia pasukan bola sepak negara, 
jangan lupa untuk turun stadium RABU ini untuk beri 
sokongan padu kepada pemain pasukan negara. 


 SOKONGAN peminat
menjadi tulang belakang kejayaan kita. Tidak kira
menang atau kalah. 


ASIA TENGGARA sudah kita tawan!!
MISI untuk tawan DUNIA tidak mustahil untuk 
menjadi kenyataan!!


INSYA-ALLAH.






H ARGA TIKET
RM 30.00 (pentas utama) 
RM 20.00 (terbuka) 
RM 5.00 bagi tiket kanak-kanak.

Tiket-tiket boleh dibeli di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Tarikh Perlawanan (29.06.2011) mulai 3 petang di pintu kuning.



SYARAT-SYARAT UNTUK MENONTON PERLAWANAN :


1- Jangan bawa MERCUN
2- Jangan bawa 'LASER'
3- Jangan baling objek ke atas padang
4- Jangan malukan NEGARA!!






p/s : Pesanan ikhlas dibawa khas oleh saya..;p

Sunday, June 26, 2011

Aura Maharaja Lawak - Mail Lambung vs Ah Cai The Movie bakal diterbitkan.

Selesai sudah program MAHARAJA LAWAK 2011. TAHNIAH kepada kumpulan SEPAH selepas dinobatkan JUARA MAHARAJA LAWAK yang pertama. TAHNIAH juga kepada kumpulan JOZAN, mungkin bukan rezeki kamu berdua untuk bergelar juara. 

TAPI yang pastinya, kumpulan JOZAN sudah menjadi juara di hati peminat mereka. Dari sudut pandangan saya, kumpulan JOZAN lebih kuat dan mempunyai AURA tersendiri dengan masing-masing mempunyai karakter yang cukup popular seperti MAIL LAMBUNG (Zizan) seorang penarik kereta yang profesional dan AH CAI (Johan) sesorang ah long yang cukup profesional. Hahaha



Oleh kerana kedua-dua watak tersebut mempunyai aura yang tersendiri, pengarah filem terkenal AHMAD IDHAM telah bersetuju untuk membuat filem menggabungkan watak MAIL LAMBUNG dan AH CAI. 

Kenyataan Ahmad Idham dibuat melalui laman twitter beliau @Ahmad_Idham.




LIVE streaming Race Day Formula 1 Grand Prix of Europe 2011, Valencia. 26 June 2011


Formula 1 Grand Prix of Europe, Valencia
26 June 2011
2pm 
8pm (GMT +8, Kuala Lumpur)

Online Streaming


Friday, June 24, 2011

Peristiwa Israk Mikraj

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):


Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
iix. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.



4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

Video - Highlights Perlawanan Kelayakan Olimpik Malaysia 2 - 1 Lebanon, 23 Jun 2011

Gol Pertama : Mohd. Irfan Fazail
8'



Gol Kedua : Wan Zack Haikal Wan Nor
40'



Thursday, June 23, 2011

LIVE streaming Malaysia vs Lebanon (Olympic Qualifying) 23 Jun 2011


Malaysia vs Lebanon
8.45 malam 
Stadium Nasional Bukit Jalil

TV LIVE
Channel 801 Astro Arena

STREAMING LIVE
#Link1


Wednesday, June 22, 2011

Pengacara Imam Muda Kemalangan


PETALING JAYA - Pengacara Imam Muda musim kedua (IM2), Dzulkarnain Hamzah atau ustaz Dzul terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Sepang, Selangor ketika dalam perjalanan untuk mengadakan ceramah di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, ustaz Dzul mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kiri apabila kereta BMW 5 Siri yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit.

Dzul yang dihubungi mStar Online di sini, Selasa berkata, semasa kejadian dia baru selesai mengadakan ceramah pertamanya di Subang Bistari dekat sini dan ingin ke Port Dickson melalui laluan di Sepang.

“Semasa saya tiba di satu laluan di Sepang itu, saya ingin memotong sebuah lori muatan kepala sawit. Malangnya pada waktu itu juga lori berkenaan membelok ke kanan tanpa memberikan lampu isyarat menyebabkan kenderaan saya merempuhnya,” katanya.

Disebabkan kejadian itu, ustaz Dzull tidak sedarkan diri sehinggalah ketika dirawat di Hospital Putrajaya.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kirinya.

“Saya terpaksa menerima 12 jahitan pada bahagian lutut serta lapan jahitan pada bahagian dalam mulut termasuk bibir. Alhamdulillah, tiada kecederaan dalaman semasa imbasan x-ray dibuat oleh doktor,” jelasnya.

Dia yang trauma dengan kejadian itu memberitahu, kemalangan tersebut menyebabkan bahagian depan sebelah penumpang keretanya remuk selepas terperosok dalam perut lori berkenaan.

“Saya juga bersyukur kerana hanya saya sahaja di dalam kereta berkenaan,” katanya.

Berikutan itu dia terpaksa berehat untuk mengacarakan rancangan Iman Muda 2 sehinggalah benar-benar pulih sepenuhnya.

Sementara itu Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, tempat ustaz Dzull akan digantikan sementara oleh pelakon Fahrin Ahmad.

Pada Jumaat ini, rakaman peringkat separuh akhir rancangan tersebut akan disiarkan bermula pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) yang dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.-Mstar Online-


sumber : klpos.com

Tuesday, June 21, 2011

Malaysian vs Lebanon, 23 Jun 2011, Perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012


Malaysia vs Lebanon
8.45 malam
23 Jun 2011
Stadium Nasional Bukit Jalil

TV live
Channel 801 Astro Arena


Skuad Harimau Malaya perlukan pemain ke-12!!
Siapa pemain ke-12?? Sokongan peminat  diperlukan oleh skuad bola sepak negara untuk beraksi dalam kempen kelayakan sukan olimpik London 2012.


Berilah sokongan untuk skuad pasukan negara menentang pasukan Lebanon Khamis ini, di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Sokongan peminat pasti membantu kejayaan pasukan negara!!




Sorakan Harimau Malaya

Monday, June 20, 2011

Video - Highlights Malaysia vs Lebanon Olympic Qualifying 2012


Keputusan Perlawanan

Malaysia 0 - 0 Lebanon


Wayne Rooney buat 'Hair Transplant'

Wayne Rooney ni apsal? 
macam gay la pulak..haha



OK.Tengok lama lama rasa geli pulak.

Sebenarnya ni gambar diorang dekat pantai Barbados.
Gambar ni bukan nak tunjuk yang Rooney ni gay ke apa,
masa ni diorang picnic sama-sama, Wayne Rooney dengan isteri dia, Coleen.
Dan Joe Hart dengan kekasih dia.

Dari berita yang dah tersebar,
Wayne Rooney khabarnya dah buat 'hair transplant'.
Perkara ini telah disahkan oleh Wayne Rooney
 sendiri melalui laman Tweeter beliau. 

Yelah, kalau korang perasan, 
Wayne Rooney ni memang ada masalah
rambut. Kepala dia pon dah macam botak sikit.

Korang perasan tak dia asek pakai TOPI je.
Sebenarnya dia dalam proses nak sembuh selepas
doktor menanam rambut baru..



Sunday, June 19, 2011

LIVE streaming Malaysia vs Lebanon (Olympic Qualifying)


Malaysia vs Lebanon
Stadium Camille Chamoun Sports City, Lebanon
10 malam

TV Live 
Channel 801 Astro Arena


Internet Live Streaming 'link' untuk perlawanan

#Link1

#Link2

Rekod : Kutipan KL Gangster mencecah 11 juta



WOW. SATU KEJAYAAN BESAR UNTUK FILEM KL GANGSTER APABILA KUTIPAN WAYANG TELAH MENCECAH RM 11 JUTA RINGGIT SEHINGGA KE HARI INI.

FILEM INI MEMECAH REKOD PECAH PANGGUNG DI MALAYSIA SELEPAS MENGATASI REKOD FILEM ADNAN SEMPIT DAN FILEM KONGSI. DI KHABARKAN FILEM KL GANGSTER AKAN TERUS BERADA DI PAWAGAM SELAMA 2 MINGGU LAGI.




WA CAKAP LU FILEM NI MEMANG ANTARA FILEM AKSI TERBAIK YANG PERNAH DIHASILKAN OLEH PENGARAH MALAYSIA. WA TAHU LAH SEBAB WA DA TENGOK..

TAPI KALAU TAK SILAP FILEM NI MASIH JAUH KETINGGALAN DENGAN KUTIPAN WAYANG FILEM 2 ALAM. 40 JUTA KOT.HEHE. GURAU JE.

TAHNIAH UNTUK PENGARAH MUDA SYAMSUL YUSOF!!

KALAU NAK TENGOK BLOG SYAMSUL YUSOF KLIK SINI..
*rasanya tu blog die. kot la.

MAI TENGOK TRAILER SAT..

Zami Ismail (Pak Uda) meninggal dunia



Pelakon veteran Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.30 pagi sebentar tadi. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara.

Al-fatihah buat arwah. Berita kematian arwah dimaklumkan oleh salah seorang rakan artis kepada kami.

Arwah meninggal selepas beberapa minggu berada di hospital akibat sakit yang kuat.


Saturday, June 18, 2011

LIVE streaming Malaysia vs Myanmar




Friday, June 17, 2011

Perpecahan akibat perebutan kuasa merugikan umat Islam.

gambar sekadar hiasan


SEJARAH perpecahan umat Islam bermula sebaik kewafatan Rasulullah SAW apabila ada pihak menolak kepemimpinan Khalifah Abu Bakar. Selagi manusia mampu dikuasai syaitan, perpecahan tetap berlaku. Syaitan berjanji memporak-perandakan seluruh keturunan Adam agar melakukan kemusnahan dan kerosakan di muka bumi akibat perpecahan.
Rasulullah SAW pernah memperkatakan mengenai perpecahan di kalangan umat Islam. Hadis diriwayatkan Tirmizi bermaksud: “Orang Yahudi berpecah kepada 72 golongan dan orang Nasrani juga berpecah sebanyak itu, tetapi umatku akan berpecah kepada 73 golongan.” Daripada 73 golongan itu, hanya satu golongan akan memasuki syurga, sedangkan yang lain itu bakal menghuni neraka.
Faktor utama menyebabkan perpecahan umat Islam ialah perebutan kuasa pemerintahan. Islam agama universal yang mementingkan perpaduan berdasarkan kepada satu matlamat iaitu mencari keredaan Allah.
Firman Allah dalam surah al-Anbiya, ayat 92 bermaksud: “Sesungguhnya (agama Islam) ini adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.”
Allah dan Rasul-Nya tidak reda kepada sebarang bentuk perpecahan. Banyak ayat al-Quran dan sunnah yang menyebut mengenai pentingnya menjaga perpaduan ummah dan mengelak sebarang perpecahan.
Menolak perpaduan dibawa oleh Islam samalah seperti menolak rahmat Allah. Allah menjanjikan kebahagiaan di dunia dan akhirat kepada mereka yang mementingkan ikatan persaudaraan dan menjauhkan persengketaan.
Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW mengambil pendekatan menyatukan seluruh puak dan keturunan dengan satu piagam seluruh umat Islam adalah bersaudara.
Hubungan dengan bukan Islam yang tidak memusuhi Islam dihormati sebagai jiran, rakan dan rakyat yang tetap mendapat hak mereka.
Sikap umat Islam yang sentiasa berpecah-pecah menjadi senjata musuh Islam untuk terus menindas umat Islam. Seorang tokoh bukan Islam pernah berkata: “Kalaulah orang Islam bersatu di dalam satu empayar Arab, mereka boleh menjadi satu bala dan bahaya kepada dunia. Kalaulah mereka masih bersengketa sesama sendiri, selagi itulah mereka tidak mempunyai sebarang kekuatan dan pengaruh.”

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons