Tuesday, June 14, 2011

Apa itu IFC? Dan siapa Datuk Ambiga Sreenevasan?

Siapa Datuk Ambiga Sreenevasan? Council yang menyokong IFC . apa itu IFC ? suruhanjaya antara Agama , kewujudan IFC & tuntutan IFC banyak bercanggah dengan Islam . 


Beliau (Datuk Ambiga Sreenevasan) sanggup melobi ke PBB dan mengharapkan menjadi pelapor/pemantau bagi pihak PBB di Malaysia mengenai Pluralisme .

Apa itu IFC ?
IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.
14 Tuntutan IFC yang wajib kita mengetahui:
1 – Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2 – Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3- Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4- Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
5- Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6- Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7- Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8 – Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9- Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10- Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11- Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12- Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13- Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14- Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

p/s : Mahukah kita sebagai seorang muslim ingin tunduk dengan orang seperti ini? Tahu tak siapa orang kuat disebalik himpunan BERSIH yang akan dianjurkan. Siapa penganjurnya? Apa agenda yang sebenarnya? Kenapa bangsaku sahaja yang beria-ia?  
AKU INGIN MELIHAT SAUDARA SEAGAMA DAN BANGSA KU BERSATU.
sumber
http://mobile.husaini.name.my/?p=357&wpmp_switcher=mobile&wpmp_tp=0
            

2 comments:

Dawa said...

ni ke peguam yg mati tu?

aQim said...

xla.. hdup lg die ni..
kn die pgerusi Ketua Pemantau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil atau BERSIH.hm..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons