Sunday, October 23, 2011

Video Kemalangan Ngeri Marco Simoncelli Motogp 2011 Sepang

Amaran! Video ini agak ngeri untuk tontonan umum.
Siapa-siapa yang ada lemah jantung tu jangan la tengok.

Kejohanan MotoGP di litar Sepang terpaksa dibatalkan ekoran kemalangan ngeri maut yang membabitkan penunggang motor pasukan Honda Marco Simoncelli yang terbabas pada seawal pusingan pertama. 

Marco yang terjatuh dari motornya dirempuh oleh dua penuggang motor lain dan menyebabkan helmet yang dipakainya tercabut.




Wednesday, October 19, 2011

Undian Bolasepak Sukan SEA : Malaysia dalam kumpulan maut


Majlis undian untuk acara bolasepak bagi kejohanan Sukan SEA yang diadakan di studio RCTI, Jakarta telah selesai dijalankan sebentar tadi. 

Bagi penyandang juara pasukan Malaysia bakal menerima cabaran sukar dalam acara bolasepak dalam kejohanan kali ini apabila diundi di dalam kumpulan A yang dilabel sebagai kumpulan MAUT bersama Singapura, juara 13 kali Thailand, Kemboja dan tuan rumah Indonesia.

 Pemenang pingat perak pada temasya Sukan SEA di Laos pada 2009, Vietnam pula dilihat menerima laluan yang lebih mudah apabila diundi dalam Kumpulan B bersama Brunei, Timor Leste, Filipina, Myanmar dan Laos.

Pasukan negara bakal berdepan dengan Singapura pada perlawanan pertama sebelum berdepan Thailand, Kemboja, dan Indonesia.


UNDIAN BOLA SEPAK DI SUKAN SEA 2011:
KUMPULAN A: MALAYSIA, Indonesia, Singapura, Thailand, Kemboja
KUMPULAN B: Vietnam, Laos, Brunei, Timor Leste, Myanmar, Filipina

Jadual Perlawanan: 

9/11 Singapore vs Malaysia
11/11 Malaysia vs Thailand
15/11 Malaysia vs Cambodia
17/11 Indonesia vs Malaysia 


Skuad Sukan SEA U23 kendalian harus memberikan cabaran dan tunjukkan permainan yang bermutu, pertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu dan buktikan kebangkitan semula Harimau Malaya perlu digeruni walaupun skuad senior negara kini dikritik hebat selepas menerima beberapa kekalahan dalam kesemua perlawan persahabatan sebelum ini.

Duka yang terpaksa dihadapi ketika ini perlu diubati semula skuad Harimau Muda ini bagi mengembalikan keyakinan peminat, kerana mereka masih sayangkan bolasepak negara.


Keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w

 
 
Hadis-hadis dibawah ini pula adalah tentang keistimewaan yang baginda perolehi sebagai Rasul dan kita sebagai umatnya.

1- Rasullullah s.a.w. Penghulu Manusia
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Akulah penghulu manusia pada hari Kiamat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- Nabi s.a.w. mengatakan sebegini untuk menceritakan nikmat Allah s.w.t. Ia juga merupakan nasihat supaya kita mengetahui hak terhadap baginda s.a.w. (Tuhfah al-Ahwazi)

2- Rasullullah s.a.w. Sebagai Rahmat
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan sebagai rahmat." (Riwayat Muslim)

3- Pendidik Insan Berakhlak Mulia
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik." (Riwayat Ahmad)

4- Keistimewaan pada Penyampaian Rasullullah
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku diutuskan denagn perkataan-perkataan yang ringkas dan padat."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- "perkataan-perkataan yang ringkas dan padat"; Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. kerana ia mengandungi lafaz-lafaz yang ringkas dan makna yang banyak. (Tuhfah al-Ahwazi)

5- Nabi s.a.w Mendahului Umatnya
Daripada Jundub bin Sufyan r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku mendahului kamu tiba ke kolam di syurga." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- "aku mendahului", menyediakan dan memberikan apa yang kamu perlukan. (Syarah Sahih Muslim)

6- Jaminan Kemenangan
Daripada Thauban r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Allah telah menghimpunkan bumi untuk aku sehingga aku dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaaan umatku akan meliputi keluasan bumi yang dihumpankan kepadaku." (Riwayat Muslim)

7- Kesedaran untuk Beramal
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis." (Riwayat al-Bukhari)
Keterangan:- Yakni mengetahui tentang keagungan Allah, balasan terhadap pelaku maksiat dan kegerunan yang berlaku pada saat nyawa dicabut, selepas mati, dan keadaan didalam kubur dan hari kiamat. Mengingati perkara tersebut dapat mendorong melakukan amal ibadah. (Fath al-Bari)

8- Bumi Sebagai Masjid
Daripada Jabir r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Dijadikan untukku bumi sebagai masjid (tempat sujud) yang suci." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- Al-Khottobi mengatakan: Umat sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diharuskan sembahyang hanya ditempat tertentu sahaja seperti rumah ibadat dan tempat pertapaan. (Fath al-Bari)

9- Kesempurnaan Syafaat Rasullullah s.a.w.
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari kiamat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- Maksud hadis ini ialah setiap nabi telah mendoakan agar umatnya dibinasakan, melainkan Nabi Muhammad s.a.w. tidak mendoakan sedemikian. Ini kerana baginda akan memberikan syafaat sebagai balasan kesabaran umatnya menanggung kesusahan didunia.
Hadis ini menerangkan syafaat Nabi s.a.w. dan belas kasihan baginda terhadap umatnya. Baginda mengambil perhatian terhadap kemaslahatan umatnya yang terpenting. Maka baginda menangguhkan doa balasan azab terhadap umatnya sehingga waktu terpenting dan amat diperlukan syafaat ketika itu. (Fath al-Bari dan Syarah Sahih Muslim)

10- Pelbagai Golongan Mendapat Syafaat
Daripada Anas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku boleh berikan syafaat kepada umatku yang melakukan dosa besar." (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Keterangan:- Syafaat Rasullullah s.a.w. untuk orang yang melakukan dosa besar ialah dengan menyelamatkan mereka daripada kebinasaan. Manakala syafaat baginda untuk orang yang melakukan ketaatan ialah dengan menaikkan darjat mereka. (Syarah Sunan Ibn Majah)

11- Kelebihan Selawat
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat keatas nya sepuluh kali." (Riwayat Muslim)
Keterangan:- "Allah berselawat" rahmat dan gandaan ganjaran daripada Allah s.w.t. (Syarah Sahih Muslim)

12- Orang Bakhil yang Sebenar
Daripada Ali bin Abu Talib r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat keatasku ." (Riwayat al-Tirmizi)
Keterangan:- Orang berkenaan disifatkan sebagai bakhil kerana menghalang diri sendiri daripada selawat Allah s.w.t. untuknya jika ia berselawat sekali.
Sebahagian ulama mengatakan wajib sekali selawat pada setiap kali disebut nama baginda. Menurut pandangan yang lain, wajib sekali selawat dalam satu majlis yang disebut nama baginda. Manakala ketika disebut nama baginda pada kali yang lain dalam majlis itu maka hukumnya adalah sunat. (Tuhfah al-Ahwazi)

13- Ucapan Salam Untuk Rasullullah s.a.w.
Daripada Abdullah bin Mas’ud al-Ansori r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya untuk Allah terdapat malaikat yang berlegar-legar dimuka bumi. Mereka menyampaikan kepadaku salam daripada umatku." (Riwayat al-Nasa’i dan Ibn Hibban)


Sumber : http://cahayamukmin.blogspot.com/

Tuesday, October 11, 2011

Maharaja Lawak Mega 47 pelawak otai bakal bersaing

Melihat kejayaan besar yang dimiliki menerusi program Maharaja Lawak yang lalu, pihak Astro Warna membawakan pula sebuah lagi program istimewa untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara berjudul Maharaja Lawak Mega. 

Bakal memulakan siaran secara langsung pada setiap hari jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober, program ini menampilkan 47 orang pelawak professional dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. 


Masih menggunakan format dan konsep yang hampir sama, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan system pemarkahan juri tetap dan undian penonton. Kuasa Imuniti tetap dimiliki oleh ketiga-tiga juri tetap dan akan digunakan selepas mendapat persetujuan ketiga-tiga mereka.

Peserta yang paling menyerlah dan berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara dan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 350 000.

Menurut Pengurus Pakej Mustika, encik Nizam Sani, senarai peserta yang dipanggil adalah berdasarkan tawaran yang diberikan oleh pihak Astro dan kumpulan pula terbentuk berdasarkan pemilihan mereka sendiri.

“Kami member kebebasan untuk mereka sama ada untuk bertanding secara solo atau berkumpulan, ikut keselesaan mereka kerana keserasian itu dibentuk sendiri oleh peserta. 




“Rancangan ini menjanjikan pelbagai kelainan menerusi penyampaian dan cara yang bakal ditonjolkan oleh setiap peserta. Hingga pada penghujung rancangan ini nanti, kita bakal menemukan juara yang akan bergelar “Otai Segala Otai”,”jelas Nizam Sani.

SENARAI PESERTA

Berkumpulan:Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
Anje (Achong dan Joey)
Osbon (Mr Os dan Abon)
Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
Gebu ( Hani dan Azian)
Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)

Solo:Adlin Aman Ramli
Jalil Hamid

ULASAN : Maharaja Lawak Mega nampaknya mempersembahkan program lawak yang berbeza seperti sebelum ini apabila peserta yang bertanding dalam pertandingan kali ini adalah otai-otai lawak yang sudah lama mencipta nama. Sedikit teruja apabila peserta Maharaja Lawak Mega ini menggabungkan peserta dari Singapura, Indonesia dan Malaysia. Agaknya apalah yang akan terjadi, mungkinkah pertandingan kali ini dapat memberikan impak yang sama seperti program Maharaja Lawak terdahulu. Ada sedikit kekurangan pada pertandingan ini apabila kumpulan lawak terkenal kumpulan SENARIO yang dianggotai oleh WAHID, AZLEE, dan LAN PETPET. 

Monday, October 10, 2011

MURAI : Raja Lawak 6 bersiaran di Astro Warna




Setelah 5 tahun berturut-turut bersiaran di Astro Prima saluran 105, akhirnya pihak Astro telah membuat keputusan untuk menyiarkan program Raja Lawak 6 (RL6) kmenerusi Astro Warna dalam pakej Astro Mustika pada Januari depan.
Mengulas mengenai peralihan RL6 ke saluran Astro Warna, naib presiden bahagian perniagaan Melayu, Khairul Anwar Salleh menyatakan, perancangan perpindahan itu sudah pun lama dibuat tetapi baru sekarang ianya dapat ditunaikan.
"Ketika kami membuat perancangan program untuk 2012, kami melihat program RL6 wajar diubah ke Astro Warna memandangkan Astro Warna merupakan satu destinasi yang khusus untuk membuat penonton gelak ketawa. Sejujurnya, perancangan ini sudah lama mahu direalisasikan, namun tatkala itu masih belum ada program yang boleh menggantikan RL di saluran Astro Prima.
"Perlaksanakan ini mengundang risiko tinggi kepada kami memandangkan ia boleh diibaratkan sebagai satu perpindahan harta besar Astro Prima. Pun begitu, kami memandang ia ke arah positif. Lagi pun, ini satu penghormatan terbaik untuk pelanggan Astro Mustika yang setia yang mana mereka mendapat program lawak terbaik dalam perkhidmatan kami," katanya.
Selain menukar saluran TV, RL6 turut menampilkan konsep baru dengan mewujudkan sistem Cif Besar dan Cif Kecik. Sistem ini kali pertama diperkenalkan dan ia sama sekali tidak pernah dilakukan dalam penganjuran RL musim 1 hingga musim ke-5.
"Musim kali ini, setiap peserta RL akan dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana mereka akan diterajui oleh 3 orang pelawak tempatan sebagai guru. 3 orang guru bertindak sebagai penasihat dan dikenali sebagai Cif Kecik. Dalam pada itu, 3 Cif Kecik ini pula akan dipantau dalam pengawasan seorang Cif Besar.
"Kewujudan pelawak ini dalam proses mencipta juara baru RL6 bukan saja sebagai penasihat tetapi ia dilihat sebagai penyuntik motivasi selain sumber inspirasi buat peserta. Kami percaya dengan panduan yang diwujudkan ini mampu membentuk dan menyerlahkan peserta ke tahap lebih berkualiti," jelasnya.
Dalam pada itu, RL6 masih mengekal Johan atau Mohd Yazid Lim Mohd Aziz dan Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak sebagai hos utama RL6 yang sememangnya diakui oleh pihak produksi bahawa mereka adalah daya tarikan program yang berteraskan komedi dan lawak jenaka tersebut.
"Dari RL2 lagi, kami telah menilai tahap prestasi Jozan. Kami pun ada buat kajian dan penyelidikan sama ada mereka wajar meneruskan tugasan sebagai hos. Keputusan kajian itu menyebelahi mereka apabila kami banyak menerima impak positif. Sebab itulah kami masih lagi mahu mengekalkan mereka sebagai hos," kata Bob Azrai selaku pengurus saluran Astro Warna.

Sumber : Murai.com.my

ULASAN: Agak berang rasanya apabila pihak Astro mengumumkan perubahan siaran program Raja Lawak dari saluran Astro Prima ke saluran Astro Warna. Saya ibaratkan langkah yang dibuat oleh pihak Astro ini sebagai strategi 'busuk' pihak Astro untuk mengaut keuntungan dan 'mencekik' duit pengguna. Syarikat penyiaran satelit tunggal di negara ini mungkin tidak menerima saingan daripada mana-mana pihak dan atas sebab itu pelbagai pakej yang diperkenalkan sebenarnya tidak memberikan keuntungan kepada pengguna. Imbas kembali jika dahulu saluran Astro Ria dan Astro Prima disajikan dengan pelbagai program menarik, tetapi sekarang ini program yang disiarkan terlalu bosan dan tidak berbaloi rasanya dengan caj yang dikenakan kini yang semakin meningkat. 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons