Monday, September 26, 2011

'Re-make' Filem Bukit Kepong oleh Syamsul Yusof

Suasana politik negara yang sentiasa 'panas' dengan pelbagai isu agama, bangsa, dan negara ketika ini seperti contoh isu kemerdekaan, komunis dan Bukit Kepong yang dipertikaikan oleh individu yang kononnya lebih pandai dan tahu hal yang sebenar.


Dalam pada itu, kesempatan ini diambil pengarah muda berbakat Syamsul Yusofapabila khabarnya akan menggarap semula filem Bukit Kepong selepas filem Bukit Kepong yang pertama diterbitkan pada tahun 1981 arahan Tan Sri Jins Shamsudin.


Harapan pengarah muda ini dinyatakan sendiri di laman blog beliau sendiri prodigiousburnsoul.blogspot.com "Buat masa ini,dalam kesibukan membaik pulih filem “BOHSIA-Jalan Kembali”,aku bersama-sama 2 orang sepupuku Dr.Anwar Fazal dan Rizal Ashreff giat mengkaji,menyelidik dan menjiwai cerita Bukit Kepong dengan harapan agar filem ‘re-make’ ini nanti  (selepas filem Bukit Kepong pada tahun 1981 yang diarahkan oleh Tan Sri Jins Shamsudin) mampu membuka mata semua anak Malaysia dan juga dunia.Aku mahu melakar sejarah dalam sejarah."






Syamsul Yusof juga memberitahu niat sebenar beliau dalam menghasilkan semula filem ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada generasi muda tentang pentingnya kita untuk menghargai keamanan yang sedia ada kini dan jasa pengorbanan yang diberikan oleh pejuang negara terdahulu.


Bahaya masyarakat sekarang apabila mudah terpengaruh dengan kata sesetengah pihak. Berhati-hatilah, racun yang disuntik mampu melenyapkan keamanan yang sedia ada, tidak mustahil untuk perkara ini berlaku. Jika sejarah dilupakan, tak mustahil sejarah akan berulang.



Wednesday, September 21, 2011

Japan U23 vs Malaysia U23 Olympic Qualifying 21 September 2011

Thursday, September 15, 2011

Koleksi Gambar Safee Sali di Cardiff FC

Sedikit koleksi gambar Safee Sali di Cardiff FC ketika ini. Sedikit berita yang kurang gembira apabila Safee Sali dikhabarkan dibelenggu semula dgn kecederaan kecil lamanya. Dia masih rasa tidak selesa dgn kecederaan itu, terutama semasa melakukan shooting dan turning. 

Info dan gambar ikhsan dari  official facebook fan page SafeeSali_10 Official









Semoga Safee Sali berjaya dalam ujian pemilihan ini. Seluruh peminat mendoakan 
kejayaan Safee Sali dan membanggakan peminat dan negara. Amin


Malaysia vs Oman (Info perlawanan 15 September 2011)





Olimpik Malaysia vs Olimpik Oman (HARI INI)
Stadium UITM, Shah Alam, Jam 5 ptg, Masuk Percuma..
Jom ke stadium ramai2 bagi memberi sokongan kpd skuad olimpik negara, Moral pemain2 negara juga akan meningkat drpd sokongan kita.
Makluman Penting Perlawanan: Laluan masuk penonton hanya melalui pintu dari Dewan Agong Tuanku Canselor dan Kolej Perindu sahaja. Laluan pintu di hadapan akan ditutup kepada semua penyokong bagi 

tujuan keselamatan perlawanan. Harap Maklum.


info : facebook.com/mnfteam


p/s : Game dekat UiTM Shah Alam je kot.. sape2 yang dekat tu jom le turun tengok ramai2.

Wednesday, September 14, 2011

Barcelona vs AC Milan Live Stream UEFA Champions League (14th September 2011)

Tuesday, September 13, 2011

Gambar - MAS dan AirAsia penaja terbaru Jersi QPR FC



KUALA LUMPUR - Teka-teki siapa penaja jersi pendatang baru Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) terjawab apabila kelab itu mengumumkan perjanjian penajaan selama dua tahun bersama dua syarikat penerbangan kebanggaan negara, Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia.
Uniknya, MAS akan menaja jersi QPR pada aksi di laman sendiri.

                               
Logo AirAsia pula mendapat penghormatan dipaparkan pada jersi untuk aksi tempat lawan dan sebagai jersi ketiga.
Pengumuman dibuat di Stadium Loftus Road, London semalam oleh Pengarah Eksekutif MAS, Mohammed Rashdan Mohd. Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif (QPR), Phillip Beard.
Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Rantau Komersial AirAsia, Kathleen Tan.
Rashdan berkata: "MAS berbesar hati dikaitkan dengan QPR dalam Liga Perdana Inggeris.
"Penajaan jersi QPR di laman sendiri oleh Mas dan jersi aksi di tempat lawan oleh AirAsia adalah julung kali dalam Liga Perdana. Ia juga sebagai meraikan kerjasama kami dengan AirAsia.
"Penajaan ini meningkatkan lagi kehadiran kami pada peringkat global dan menjadi francais premium untuk peminat bola sepak dari seluruh Eropah, Asia Pasifik, Amerika, Australia serta keempat-empat penjuru dunia,".
                             
Beared pula menyifatkan kerjasama QPR dengan dua syarikat penerbangan itu sebagai unik.
"Mendapat penajaan dua syarikat terkemuka Asia ini membuktikan jenama QPR mempunyai daya tarikan global.
"Kami cukup positif dalam kerjasama ini dengan harapan dapat mengembangkan pengaruh QPR di Asia Tenggara dan sekelilingnya.
"Ini satu urusniaga bersejarah yang menambah kegembiraan kepada kelab ini sejak pengambilalihan baru beberapa minggu lalu," ujarnya
Jersi QPR dengan logo MAS dipakai buat kali pertama dalam perlawanan melayan kunjungan Newcastle semalam.

sumber berita : utusan.com.my

Video Temubual bersama Safee Sali sebelum berlepas ke London

Temubual bersama penyerang sensasi kebangsaan Safee Sali sebelum berlepas ke London untuk menjalani ujian pemilihan kelab Cardiff City FC. Doa kami untuk Safee Sali semoga berjaya terpilih dalam pemilihan skuad Cardiff City.


Sunday, September 11, 2011

Watch Formula 1 Live Italian Grand Prix

Friday, September 9, 2011

GEMPAR!! Pelakon Batman Kena Belasah

Mesti tengok! Apabila Batman kena belasah di jalanan. haha.
Tak tahu lah sebab apa Batman ni bergaduh.

Thursday, September 8, 2011

Safee Sali dipilih jalani ujian bersama QPR

Penyerang sensasi skuad kebangsaan Safee Sali telah dipilih untuk menjalani ujian penuh bersama kelab perdana Inggeris, Queens Park Rangers. (QPR)

Pengurus pasukan QPR, Neil Warnock dalam sidang akhbar secara 'online' bersama wartawan Malaysia pada Rabu, berkata Safee Sali akan menjalani ujian bersama dengan pasukan kesebelasan utama kelab itu.



Safee Sali bekas penyerang pasukan Selangor yang kini bermain bersama kelab antarabangsa dalam liga Indonesia menjadi tunjang utama kejayaan skuad negara dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 tahun lalu.

Selepas QPR berjaya dimiliki oleh usahawan berjaya dari Malaysia Tan Sri Tony Fernandes, ramai lagi pemain muda Malaysia dijangka akan diberi peluang untuk menjalani ujian bersama kelab perdana Inggeris ini.

Turut dibanggakan apabila pengurus QPR melabelkan Safee Sali sebagai 'David Beckham' Malaysia.
Safee Sali dijangka akan ke QPR dalam masa terdekat sekiranya diberikan pelepasan oleh kelabnya.

sumber : thestar.com.my

Wednesday, September 7, 2011

Edisi khas 2011 episod 12.

 


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons