Monday, September 26, 2011

'Re-make' Filem Bukit Kepong oleh Syamsul Yusof

Suasana politik negara yang sentiasa 'panas' dengan pelbagai isu agama, bangsa, dan negara ketika ini seperti contoh isu kemerdekaan, komunis dan Bukit Kepong yang dipertikaikan oleh individu yang kononnya lebih pandai dan tahu hal yang sebenar.


Dalam pada itu, kesempatan ini diambil pengarah muda berbakat Syamsul Yusofapabila khabarnya akan menggarap semula filem Bukit Kepong selepas filem Bukit Kepong yang pertama diterbitkan pada tahun 1981 arahan Tan Sri Jins Shamsudin.


Harapan pengarah muda ini dinyatakan sendiri di laman blog beliau sendiri prodigiousburnsoul.blogspot.com "Buat masa ini,dalam kesibukan membaik pulih filem “BOHSIA-Jalan Kembali”,aku bersama-sama 2 orang sepupuku Dr.Anwar Fazal dan Rizal Ashreff giat mengkaji,menyelidik dan menjiwai cerita Bukit Kepong dengan harapan agar filem ‘re-make’ ini nanti  (selepas filem Bukit Kepong pada tahun 1981 yang diarahkan oleh Tan Sri Jins Shamsudin) mampu membuka mata semua anak Malaysia dan juga dunia.Aku mahu melakar sejarah dalam sejarah."






Syamsul Yusof juga memberitahu niat sebenar beliau dalam menghasilkan semula filem ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada generasi muda tentang pentingnya kita untuk menghargai keamanan yang sedia ada kini dan jasa pengorbanan yang diberikan oleh pejuang negara terdahulu.


Bahaya masyarakat sekarang apabila mudah terpengaruh dengan kata sesetengah pihak. Berhati-hatilah, racun yang disuntik mampu melenyapkan keamanan yang sedia ada, tidak mustahil untuk perkara ini berlaku. Jika sejarah dilupakan, tak mustahil sejarah akan berulang.



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons