Thursday, September 8, 2011

Safee Sali dipilih jalani ujian bersama QPR

Penyerang sensasi skuad kebangsaan Safee Sali telah dipilih untuk menjalani ujian penuh bersama kelab perdana Inggeris, Queens Park Rangers. (QPR)

Pengurus pasukan QPR, Neil Warnock dalam sidang akhbar secara 'online' bersama wartawan Malaysia pada Rabu, berkata Safee Sali akan menjalani ujian bersama dengan pasukan kesebelasan utama kelab itu.



Safee Sali bekas penyerang pasukan Selangor yang kini bermain bersama kelab antarabangsa dalam liga Indonesia menjadi tunjang utama kejayaan skuad negara dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 tahun lalu.

Selepas QPR berjaya dimiliki oleh usahawan berjaya dari Malaysia Tan Sri Tony Fernandes, ramai lagi pemain muda Malaysia dijangka akan diberi peluang untuk menjalani ujian bersama kelab perdana Inggeris ini.

Turut dibanggakan apabila pengurus QPR melabelkan Safee Sali sebagai 'David Beckham' Malaysia.
Safee Sali dijangka akan ke QPR dalam masa terdekat sekiranya diberikan pelepasan oleh kelabnya.

sumber : thestar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons