Monday, May 30, 2011

World Cup 2022 : Stadium yang bakal dibina di Qatar. Terbaeekk!!

   
                              



Stadium Pelabuhan Doha, Doha. Bakal dibina. Kapasiti 44,950

Stadium yang direka oleh Albert Speer

Stadium Al-Gharrafa di Al-Rayyan. Kapasiti 44,740

Stadium Al-Shamal. Bakal dibina. Kapasiti 45,120


Stadium Al-Khor. Bakal dibina. Kapasiti 45,330

Stadium Umm Slal. Bakal dibina. Kapasiti 45,120






12 tanda untuk mengetahui kita dilamun cinta

12:
Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.


11:
Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

10:
Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9:
Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8:
Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...

6:
Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5:
Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.

4:
Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3:
Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2:
Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1:
Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.

Tuesday, May 24, 2011

Hukum Rokok - Artikel yang panjang tapi insyallah berguna.



Rokok terbukti mengandung berbagai-bagai jenis bahan kimia berbahaya, diantaranya ialah nikotin. Menurut pakar atau ahli kimia, telah jelas dibuktikan bahwa nikotin yang terdapat dalam setiap batang rokok atau pada daun tembakau adalah ternyata sejenis kimia memabukkan yang diistilahkan sebagai candu.
Dalam syara pula, setiap yang memabukkan apabila dimakan, diminum, dihisap atau disuntik pada seseorang maka ia di kategorikan sebagai candu atau dadah kerana pengertian atau istilah candu adalah suatu bahan yang telah dikenal pasti bisa memabukkan atau mengandung elemen yang bisa memabukkan. Dalam mengklasifikasikan hukum candu atau bahan yang memabukkan, jumhur ulama fikah yang berpegang kepada syara (al-Quran dan al- Hadith) sepakat menghukumkan atau memfatwakannya sebagai benda "Haram untuk dimakan atau diminum malah wajib dijauhi atau ditinggalkan". Pengharaman ini adalah jelas dengan berpandukan kepada hujah-hujah atau nas-nas dari syara sebagaimana yang berikut ini: "Setiap yang memabukkan itu adalah haram" H/ Muslim.
Hadith ini dengan jelas menegaskan bahawa setiap apa sahaja yang memabukkan adalah dihukum haram. Kalimah kullu (ßõáøõ)di dalam hadith ini bererti "setiap" yang memberi maksud pada umumnya, semua jenis benda atau apa saja benda yang memabukkan adalah haram hukumnya. Hadith ini dikuatkan lagi dengan hadith di bawah ini: "Setiap sesuatu yang memabukkan maka bahan tersebut itu adalah haram". H/ al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud.
Hadith di atas ini pula telah menyatakan dengan cukup terang dan jelas bahwa setiap apa saja yang bisa memabukkan adalah dihukum haram. Pada hadith ini juga Nabi Muhammad s.a.w menggunakan kalimah kullu (ßõáøõ) iaitu "Setiap apa saja", sama ada berbentuk cair, padat, debu (serbuk) atau gas.
Mungkin ada yang menolak kenyataan atau nas di atas ini kerana beralasan atau menyangka bahwa rokok itu hukumnya hanya makruh, bukan haram sebab rokok tidak memabukkan. Mungkin juga mereka menyangka rokok tidak mengandung candu dan kalau adapun kandungan candu dalam rokok hanya sedikit. Begitu juga dengan alasan yang lain, "menghisap sebatang rokok tidak terasa memabukkan langsung". Andaikan, alasan atau sangkaan seperti ini boleh diselesaikan dengan berpandukan kepada hadith di bawah ini: "Apa saja yang pada banyaknya memabukkan, maka pada sedikitnya juga adalah haram". H/ Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.
Kalaulah meneguk segelas arak hukumnya haram kerana ia benda yang memabukkan, maka walaupun setetes arak juga hukum pengharamannya tetap sama dengan segelas arak. Begitu juga dengan seketul candu atau sebungkus serbuk dadah yang dihukum haram. Secebis candu atau secubit serbuk dadah yang sedikit juga telah disepakati oleh sekalian ulama Islam dengan memutuskan hukumnya sebagai benda yang dihukumkan haram untuk dimakan, diminum, dihisap (disedut) atau disuntik pada tubuh seseorang jika tanpa ada sebab tertentu yang memaksakan atau keperluan yang terdesak seperti darurat kerana rawatan dalam kecemasan. Begitulah hukum candu yang terdapat di dalam sebatang rokok, walaupun sedikit ia tetap haram kerana dihisap tanpa adanya sebab-sebab yang memaksa dan terpaksa.
Di dalam sepotong hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi Muhammad s.a.w telah mengkategorikan setiap yang memabukkan itu sebagai sama hukumnya dengan hukum arak. Seorang yang benar-benar beriman dengan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w tentulah meyakini bahawa tidak seorangpun yang layak untuk menentukan hukum halal atau haramnya sesuatu perkara dan benda kecuali Allah dan RasulNya. Tidak seorangpun berhak atau telah diberi kuasa untuk merubah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah melalui Nabi dan RasulNya kerana perbuatan ini ditakuti boleh membawa kepada berlakunya syirik tahrif, syirik ta'til atau syirik tabdil. Hadith yang mengkategorikan setiap yang memabukkan sebagai arak sebagaimana yang di dimaksudkan ialah: "Setiap yang memabukkan itu adalah arak dan setiap (yang dikategorikan) arak itu adalah haram". H/ Muslim.
Dalam perkara ini ada yang berkata bahawa rokok itu tidak sama dengan arak. Mereka beralasan bahawa rokok atau tembakau itu adalah dari jenis lain dan arak itu pula dari jenis lain yang tidak sama atau serupa dengan rokok. Memanglah rokok dan arak tidak sama pada ejaan dan rupanya, tetapi hukum dari kesan bahan yang memabukkan yang terkandung di dalam kedua-dua benda ini (rokok dan arak) tidak berbeza di segi syara kerana kedua benda ini tetap mengandungi bahan yang memabukkan dan memberi kesan yang memabukkan kepada pengguna atau penagihnya. Tidak kira sedikit atau banyaknya kandungan yang terdapat atau yang digunakan, yang menjadi perbincangan hukum ialah bendanya yang boleh memabukkan, sama ada dari jenis cecair, pepejal, serbuk atau gas apabila nyata memabukkan sama ada kuantitinya banyak atau sedikit maka hukumnya tetap sama, iaitu haram sebagaimana keterangan dari hadith sahih di atas.
Di hadith yang lain, Nabi Muhammad s.a.w mengkhabarkan bahawa ada di kalangan umatnya yang akan menyalahgunakan benda-benda yang memabukkan dengan menukar nama dan istilahnya untuk menghalalkan penggunaan benda-benda tersebut: "Pasti akan berlaku di kalangan manusia-manusia dari umatku, meneguk (minum/hisap/sedut/suntik) arak kemudian mereka menamakannya dengan nama yang lain". H/ Ahmad dan Abu Daud.
Seseorang yang benar-benar beriman dan ikhlas dalam beragama, tentunya tanpa banyak persoalan atau alasan akan mentaati semua nas-nas al-Quran dan al-hadith yang nyata dan jelas di atas. Orang-orang yang beriman akan berkata dengan suara hati yang ikhlas, melafazkan ikrar dengan perkataan serta akan sentiasa melaksanakan firman Allah yang terkandung di dalam al-Quran : "Kami akan sentiasa dengar dan akan sentiasa taat". Tidaklah mereka mahu mencontohi sikap dan perbuatan Yahudi yang dilaknat dari dahulu sehinggalah sekarang kerana orang-orang Yahudi itu apabila diajukan ayat-ayat Allah kepada mereka maka mereka akan menentang dan berkata : "Kami sentiasa dengar tetapi kami membantah".
Sebagai contoh iman seorang Muslim yang sejati ialah suatu peristiwa yang mengisahkan seorang sahabat yang terus menuangkan gelas sisa-sisa arak yang ada padanya ke tanah tanpa soal dan bicara sebaik sahaja turunnya perintah pengharaman arak. Hanya iman yang mantap dapat mendorong seseorang mukmin sejati dalam mentaati segala perintah dan larangan Allah yang menjanjikan keselamatannya di dunia dan di akhirat.
Kalaulah Nabi Muhammad s.a.w telah menjelaskan melalui hadith-hadith baginda di atas bahawa setiap yang boleh memabukkan apabila dimakan, diminum atau digunakan (tanpa ada sebab-sebab keperluan atau terpaksa), maka ia dihukum sebagai benda haram dan ia dianggap sejenis dengan arak. Penghisapan dadah nikotin yang terdapat di dalam rokok bukanlah sesuatu yang wajib atau terpaksa dilakukan seumpama desakan dalam penggunaan dadah kerana adanya sebab-sebab tertentu seperti desakan semasa menjalani rawatan atau sebagainya. Sebaliknya, penghisapan rokok dimulakan hanya kerana tabiat ingin suka-suka yang akibatnya menjadi suatu ketagihan yang memaksa si penagih melayani kehendak nafsunya. Dalam pada itu, tanpa kesedaran, ia telah membeli penyakit dan menambah masalah, mengundang kematian dan tidak secara langsung ia telah melakukan kezaliman terhadap diri sendiri di samping mengamalkan pembaziran yang amat ditegah oleh syara (haram).
Dadah (bahan yang memabukkan) telah disamakan hukumnya dengan arak oleh Nabi Muhammad s.a.w disebabkan kedua-dua benda ini boleh memberi kesan mabuk dan ketagihan yang serupa kepada penggunanya (penagih arak dan dadah). Melalui kaedah (cara pengharaman) yang diambil dari hadith Nabi di atas, dapatlah kita kategorikan jenis dadah nikotin yang terdapat di dalam rokok sama hukumnya dengan arak dan semua jenis dadah yang lain.
Kesimpulannya, rokok atau tembakau yang sudah terbukti mengandungi dadah nikotin adalah haram pengambilannya kerana nikotin sudah ternyata adalah sejenis dadah yang boleh membawa kesan mabuk atau memabukkan apabila digunakan oleh manusia. Malah dadah ini akan menjadi lebih buruk lagi setelah mengganggu kesihatan seseorang penggunanya sehingga penderitaan akibat penyakit yang berpunca dari rokok tersebut mengakibatkan kematian. Rokok pastinya menambahkan racun (toksin) yang terkumpul di dalam tubuh badan sehingga menyebabkan sel-sel dalam tubuh seseorang itu mengalami kerosakan, mengganggunya daripada berfungsi dengan baik dan membuka kepada serangan kuman dan barah.
Apabila pengambilan rokok yang mengandungi bahan yang memabukkan dianggap haram kerana nyata ia digolongkan sejenis dengan arak (ÎÜóãúÑñ) oleh Nabi Muhammad s.a.w maka di dalam hadith dan al-Quran pula terdapat amaran keras dari Allah dan RasulNya:
"Dari Abu Musa berkata : Bersabda Rasulullah saw : Tiga orang tidak masuk syurga. Penagih arak, orang yang membenarkan sihir dan pemutus silaturrahmi". H/ Ahmad dan ibn Hibban.
"Mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar". Al Baqarah:219.
"Hai orang-orang yang beriman, bahawasanya arak , judi, (berkorban untuk) berhala dan bertenung itu adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, sebab itu hendaklah kamu meninggalkannya semuga kamu beroleh kejayaan". Al Maidah:90.
Hadith di atas Nabi Muhammad s.a.w telah mengkhabarkan bahawa penagih arak tidak masuk dan dalam ayat di atas pula, Allah mengkategorikan arak (khamar) sejajar dengan berhala dan bertenung sebagai perbuatan keji (kotor) yang wajib dijauhi oleh akal yang sihat. Perkataan "rijs" ini tidak digunakan dalam al-Quran kecuali terhadap perkara-perkara yang sememangnya kotor dan jelek. Perbuatan yang buruk, kotor, buruk dan jelek ini tidak lain mesti berasal daripada perbuatan syaitan yang sangat gemar membuat kemungkaran sebagaimana amaran Allah selanjutnya yang menekankan bahwa: "Sesungguhnya syaitan termasuk hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran khamar dan judi itu dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang. Apakah kamu tidak mahu berhenti?". Al Maidah:91.
Justeru itu Allah menyeru supaya berhenti daripada perbuatan ini dengan ungkapan yang tajam : "Apakah kamu tidak mahu berhenti?"
Seseorang mukmin yang ikhlas tentunya menyahut seruan ini sebagaimana Umar .a ketika mendengar ayat tersebut telah berkata: "Kami berhenti, wahai Tuhan kami, Kami berhenti, wahai Tuhan kami".
Utsman bin 'Affan .a juga telah berwasiat tentang benda-benda yang memabukkan yang telah diistilahkan sebagai khamar (닄) "arak". Sebagaimana wasiat beliau: "Jauhkanlah diri kamu dari khamar (benda yang memabukkan), sesungguhnya khamar itu ibu segala kerosakan (kekejian/kejahatan)". Lihat : Tafsir Ibn Kathir Jld.2, M/S. 97.
Ada yang menyangka bahawa rokok walaupun jelas setaraf klasifikasinya dengan arak boleh dijadikan ubat untuk mengurangkan rasa tekanan jiwa, tekanan perasaan, kebosanan dan mengantuk. Sebenarnya rokok tidak pernah dibuktikan sebagai penawar atau dapat dikategorikan sebagi ubat kerana setiap benda haram terutamanya apabila dibuktikan mengandungi bahan memabukkan tidak akan menjadi ubat, tetapi sebaliknya sebagaimana hadith Nabi s.a.w: "Telah berkata Ibn Masoud tentang benda yang memabukkan : Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan ubat bagi kamu pada benda yang Ia telah haramkan kepada kamu". H/ al-Bukhari.
"Telah berkata Waail bin Hujr : Bahawa Tareq bin Suwid pernah bertanya kepada Nabi s.a.w tenang pembuatan arak, maka Nabi menegahnya. Maka baginda bersabda : Penulis membuatnya untuk (tujuan) perubatan. Maka Nabi bersabda : Sesungguhnya arak itu bukan ubat tetapi penyakit". H/ Muslim dan Turmizi.


p/s: lebih info baca di sini mahatera.blogspot.com

Monday, May 23, 2011

Tips untuk siKurus gemukkan badan

3 Cara Berkesan Naikkan Berat Badan
badan aku xdelah keding sampai macam ni okei.

AMARAN
- Tips ini untuk korang yang kurus tu untuk menjadi gemuk sahaja ok! (;
Orang yang gemuk tu selalu merungut nak kurus, korang tahu tak orang yang kurus macam aku ni susah gila nak gemuk walaupun aku melantak banyak mana. Macam-macam dah aku makan nak besarkan badan, tapi tak jugak berisi. 
Meskipun masalah kesihatan utama yang dihadapi penduduk Malaysia adalah obesiti, namun terdapat juga segelintir individu yang mempunyai impian untuk menambahkan berat badan seperti aku ni. Individu yang dimaksudkan ini adalah mereka yang seringkali digelar sebagai “kurus kering”, “keding” dan sebagainya.
Dalam satu kajian yang dibuat oleh WebMD, individu yang mempunyai berat badan yang kurang normal, akan mengalami masalah seperti berikut:
  • Mudah jatuh sakit.
  • Mempunyai masalah hormon.
  • Osteoporosis.
Menurut satu sumber yang didapati di Amerika Syarikat, terdapat beberapa faktor utama kenapa golongan si kurus ini mengalami masalah berat badan. Antaranya adalah:
  • Tekanan dalam hidup.
  • Masalah pemakanan.
  • Kadar metabolisme yang tinggi.
  • Keturunan.
Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya untuk kita mengetahui cara yang terbaik, bagi menghindari masalah ini. Langkah pertama yang boleh kita lakukan, adalah berjumpa dengan doktor pakar bagi mengetahui kadar BMI (Body Mass Index).

KIRA BODY MASS INDEX TERLEBIH DAHULU
BMI adalah kiraan tinggi dan berat badan, bagi mengetahui kadar lemak dalam badan kita. Setiap individu mempunyai BMI yang berbeza, bergantung pada umur dan jantina mereka. Menurut pakar kesihatan, kadar BMI yang ideal berada dalam sekitar 20 dan 25.
Jika kurang daripada angka ini, maka kita dikategorikan sebagai individu yang mempunyai masalah berat badan yang tidak ideal, atau lebih dikenali sebagai ‘kurus kering’.
Bagi yang menghadapi situasi ini, terdapat 3 cara untuk menaikkan berat badan dengan berkesan. Antaranya adalah:

CARA #1 - MAKAN DENGAN KERAP
Mempunyai jadual makan yang konsisten dapat membantu kita untuk meningkatkan berat badan. Kita juga tidak disarankan untuk tidak mengambil sarapan pagi dan makan tengahari. Ini kerana kedua-dua waktu ini adalah waktu untuk menambahkan kembali tenaga kita, untuk melakukan kerja harian.
Menurut Marcia Pope, penulis Yahoo! Associated Content, kita perlu mengelakkan diri daripada mengambil makanan segera, seperti McDonalds, KFC dan juga snek-snek. Kedua-dua jenis makanan ini adalah makanan yang tidak sihat, untuk tubuh badan kita.

CARA #2 - MENAMBAH JUMLAH KALORI DALAM BADAN
Mengikut kajian pakar kesihatan True Fitness, berat badan kita akan mudah naik, jika kita meningkatkan pengambilan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi. Bagi golongan remaja dan ke atas, pengambilan kalori yang ideal adalah sekitar 2,000 hingga 2,200 setiap hari.

CARA #3 - MAKAN KACANG SETIAP HARI
Pengambilan kacang seperti walnut, pecans dan almonds dapat membantu untuk meningkatkan berat badan kita. Ini kerana kajian Global Healing Center mendapati, jumlah lemak monounsaturated adalah baik untuk badan kita.
Bagi kalian yang menghadapi masalah kurang selesa dengan berat badan akibat faktor kurus kering, maka saya harap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu. Perkara yang paling diutamakan adalah konsistensi kita, dalam mengambil makanan yang sihat dan mempunyai jumlah kalori yang ideal.
Kita juga harus elakkan daripada mengambil makanan yang membahayakan tubuh badan kita, seperti KFC dan McDonalds. Pendapat orang tentang makanan seperti ini dapat membantu meningkatkan berat badan, adalah tidak benar.
p/s : untuk lebih info baca kat sini ye. BlogKesihatan.com

Sunday, May 22, 2011

Novel Kasih Yang Suci [Drama Nora Elena]


Baca novel Kasih Yang Suci di sini, novel yang telah diadaptasikan di dalam drama Nora Elena di TV3.

Pautan untuk novel kasih yang suci



Friday, May 20, 2011

Jom balik kampus. Aku cinta UiTM Pulau Pinang... ~tangan di dada, mata pandang ke atas~

Semester baru dah nak bermula, keputusan peperiksaan pun dah nak keluar.. Cuak jugak dalam hati ni, ntah berapalah 'pointer' aku untuk 'sem' lepas. Masuk 'sem'baru ni, aku dah semester 5, dah dua tahun belajar kat UiTM Penang tu. Kalau dua tahun lepas, aku baru nak masuk ke alam U. Teringat waktu nak buat 'preparation' nak masuk U, banyak gila kerja nak kena buat.

Bila cerita pasal mula2 masuk 'u' dulu, minggu pertama lah yang paling best 'n' 'awesome' gila, waktu minggu orentasi. ~tangan didada, mata pandang ke atas~  haha. Penat gila la wei.. Mana tak nya, dari pagi sampai malam asek kena dengar taklimat je, ntah apa benda ntah. Lepas tu dengan tak cukup tido nya, dengan perangai 'faci' nya yang SOPAN dan RAMAH gila!!! . Peh, 'tension' beb. Untuk korang yang student baru tu bawalah bersabar ei. Tahan je lah.
Tapi lepas je minggu orentasi tu dah xde apa2 dah. Korang dah bebas gila masa tu.

Aku ingat lagi!!
Masa minggu orentasi dulu, video2 ni lah yang diorang slalu pasang. Layan kejap ei.. haha

Jom usya gambar!!
Ni pulak antara koleksi gambar dari 'sem' 1 sampailah sekarang..
UiTM Penang tercinta.. konon jugak lah..hehe





pakai lab coat tu.. konon la..





sem 3 masa jamuan hari raya dekat kampus




Tuesday, May 17, 2011

Video Drama Nora Elena Episod 2


Youtube Video






sumber video dari 'channel' mmfpage

Piala Dunia 2018 : Koleksi gambar model stadium di Russia

Stadium Region di Moscow. Kapasiti penonton dianggarkan 44,257

Stadium Proposed di Rostov-on-Don

Stadium di Krasnodar. Menjadi gelanggang ketiga terbesar perlawanan dengan kapasiti 50,015 penonton .

Stadium di Samara dengan kapasiti 44,918

Stadium Spartak di Moscow dengan kapasiti 42,000

Stadium Dynamo di Moscow. Telah di bina pada tahun 1928 dan kini di ubah suai semula, kapasiti penonton 44,920.

Stadium di St Petersburg. Kapasiti penonton 60,000.
Stadium di Kazan.

Stadium Volgograd. Kapasiti 45,015

Stadium Yaroslavi. Kapasiti 44,042.


Stadium Sochi. Kapasiti 47,659

Stadium Kaliningrad. Kapasiti 45,015

Stadium Nizhny Novgorod. Kapasiti 45,000

Stadium Luzhniki. Kapasiti 89,318


Stadium di Saransk. Kapasiti 45,000


Saturday, May 14, 2011

[Video Highlight] Manchester United juarai Liga Perdana Inggeris kali ke 19


BLACKBURN ROVERS    1   :   1    MANCHESTER UNITED      








GLLORY GLORY MAN. UNITED!! WWWWOOOoohhooo!! 
Wayne Rooney memberikan kemenangan Liga Perdana Inggeris buat pasukannya selepas menjaringkan gol penalti kontroversi menentang Blackburn Rovers. 

Jaringan pada minit 70 membantu Manchester United yang hanya perlukan satu mata untuk bergelar juara Liga Perdana. Sepakan penalti diberikan oleh pengadil perlawanan Phil Dowd selepas berbincang dengan pembantu pengadil Andy Halliday, selepas penjaga gawang Paul Robinson dikatakan melakukan kekasaran kepada Javier Hernandez dalam kotak penalti. 

Walaupun sekarang United mengatasi Liverpool dalam kemenangan Liga, United dilihat bermain sedikit perlahan apabila Blackburn terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi rembatan Brett Emerton dalam kotak penalti pada minit ke 20.

United sekarang mendahului Liga dengan kelebihan 7 mata mengatasi Chelsea. Pada siapa yang 'big fan' United, korang jangan lupa untuk support United pada final liga UEFA 28 Mei ni. United akan menentang Barcelona di stadium Wembley. 




PERHATIAN!! Polis keluarkan wajah suspek simbah asid di Kuala Lumpur.

SATU KEJADIAN CUBAAN MENYIMBAH ‘ASID’ TELAH BERLAKU DI JALAN DESA PANDAN, KUALA LUMPUR PADA JAM 2.00 PETANG TADI. SASPEK DIPERCAYAI MENAIKI MOTOSIKAL JENIS HONDA EX5 WARNA HITAM .SUSPEK KELIHATAN SEDANG MEMEGANG BOTOL BERLABEL 100 PLUS MENGGUNAKAN TANGAN KIRI DAN DALAM KEADAAN HENDAK MEMBUKA PENUTUP BOTOL TERSEBUT.

SASPEK MEMAKAI PAKAIAN BAJU PUTIH BERKOLAR, BERSELUAR GELAP DAN BERUMUR DALAM LINGKUNGAN 30-AN SERTA BERMISAI. SASPEK MENAIKI MOTOSIKAL JENIS HONDA EX5, MEMAKAI TOPI KELEDAR HITAM BERVISOR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR PENDAFTARAN PALSU. GAMBAR FOTOFIT SEPERTI DISERTAKAN.

ORANG RAMAI DIMINTA BERWASPADA DAN BERHATI-HATI SERTA BOLEH MENYALURKAN MAKLUMAT KEPADA PIHAK POLIS MELALUI HOTLINE POLIS KL (RAKAN COP) DI TALIAN 03-21159999 ATAU SMS POLISKL KE 32728 DENGAN KADAR SEGERA SUPAYA TINDAKAN SUSULAN DAPAT DIAMBIL UNTUK MENGESAN SERTA MENANGKAP PENJENAYAH INI.



KORANG2 YANG TERBACA NI AMBIL LAH PERHATIAN YE. SEKARANG NI ORANG YANG SIMBAH ASID NI MENJADI JADI PULAK, LAGI2 UNTUK KORANG YANG PEREMPUAN TU BERHATI HATI LAH YE, SUSPEK LAKUKAN JENAYAH TAK KIRA TEMPAT. PASTIKAN KORANG TAK BERJALAN KAT TEMPAT YANG SUNYI OK!


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons