Monday, October 10, 2011

MURAI : Raja Lawak 6 bersiaran di Astro Warna




Setelah 5 tahun berturut-turut bersiaran di Astro Prima saluran 105, akhirnya pihak Astro telah membuat keputusan untuk menyiarkan program Raja Lawak 6 (RL6) kmenerusi Astro Warna dalam pakej Astro Mustika pada Januari depan.
Mengulas mengenai peralihan RL6 ke saluran Astro Warna, naib presiden bahagian perniagaan Melayu, Khairul Anwar Salleh menyatakan, perancangan perpindahan itu sudah pun lama dibuat tetapi baru sekarang ianya dapat ditunaikan.
"Ketika kami membuat perancangan program untuk 2012, kami melihat program RL6 wajar diubah ke Astro Warna memandangkan Astro Warna merupakan satu destinasi yang khusus untuk membuat penonton gelak ketawa. Sejujurnya, perancangan ini sudah lama mahu direalisasikan, namun tatkala itu masih belum ada program yang boleh menggantikan RL di saluran Astro Prima.
"Perlaksanakan ini mengundang risiko tinggi kepada kami memandangkan ia boleh diibaratkan sebagai satu perpindahan harta besar Astro Prima. Pun begitu, kami memandang ia ke arah positif. Lagi pun, ini satu penghormatan terbaik untuk pelanggan Astro Mustika yang setia yang mana mereka mendapat program lawak terbaik dalam perkhidmatan kami," katanya.
Selain menukar saluran TV, RL6 turut menampilkan konsep baru dengan mewujudkan sistem Cif Besar dan Cif Kecik. Sistem ini kali pertama diperkenalkan dan ia sama sekali tidak pernah dilakukan dalam penganjuran RL musim 1 hingga musim ke-5.
"Musim kali ini, setiap peserta RL akan dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana mereka akan diterajui oleh 3 orang pelawak tempatan sebagai guru. 3 orang guru bertindak sebagai penasihat dan dikenali sebagai Cif Kecik. Dalam pada itu, 3 Cif Kecik ini pula akan dipantau dalam pengawasan seorang Cif Besar.
"Kewujudan pelawak ini dalam proses mencipta juara baru RL6 bukan saja sebagai penasihat tetapi ia dilihat sebagai penyuntik motivasi selain sumber inspirasi buat peserta. Kami percaya dengan panduan yang diwujudkan ini mampu membentuk dan menyerlahkan peserta ke tahap lebih berkualiti," jelasnya.
Dalam pada itu, RL6 masih mengekal Johan atau Mohd Yazid Lim Mohd Aziz dan Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak sebagai hos utama RL6 yang sememangnya diakui oleh pihak produksi bahawa mereka adalah daya tarikan program yang berteraskan komedi dan lawak jenaka tersebut.
"Dari RL2 lagi, kami telah menilai tahap prestasi Jozan. Kami pun ada buat kajian dan penyelidikan sama ada mereka wajar meneruskan tugasan sebagai hos. Keputusan kajian itu menyebelahi mereka apabila kami banyak menerima impak positif. Sebab itulah kami masih lagi mahu mengekalkan mereka sebagai hos," kata Bob Azrai selaku pengurus saluran Astro Warna.

Sumber : Murai.com.my

ULASAN: Agak berang rasanya apabila pihak Astro mengumumkan perubahan siaran program Raja Lawak dari saluran Astro Prima ke saluran Astro Warna. Saya ibaratkan langkah yang dibuat oleh pihak Astro ini sebagai strategi 'busuk' pihak Astro untuk mengaut keuntungan dan 'mencekik' duit pengguna. Syarikat penyiaran satelit tunggal di negara ini mungkin tidak menerima saingan daripada mana-mana pihak dan atas sebab itu pelbagai pakej yang diperkenalkan sebenarnya tidak memberikan keuntungan kepada pengguna. Imbas kembali jika dahulu saluran Astro Ria dan Astro Prima disajikan dengan pelbagai program menarik, tetapi sekarang ini program yang disiarkan terlalu bosan dan tidak berbaloi rasanya dengan caj yang dikenakan kini yang semakin meningkat. 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons