Wednesday, June 15, 2011

Laman muat turun disekat - Malaysia Diserang Penggodam Khamis Ini



PETALING JAYA – Sekumpulan penggodam mengeluarkan amaran dan acaman untuk menyerang laman web www.malaysia.gov.my.
Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Anonymous berkata, mereka akan melancarkan serangan pada 7.30 petang GMT pada hari Rabu (3.30 pagi Khamis, waktu Malaysia) dan menamakan operasi tersebut sebagai “Operation Malaysia.”
Mereka telah mengepos ancaman tersebut pada laman web,http://i.imgur.com/PTFWh.png.
Mikko Hypponen, Ketua Pegawai Pengkaji di F-Secure Corporation – sebuah syarikat sistem keselamatan komputer yang bertapak di Helsinki, Finland menyatakan dalam satu Tweet (Twitter) tentang serangan tersebut pada 4.42 pagi waktu Malaysia.
Tiada maklumat lanjut yang dapat diambil buat masa sekarang. Sebab mengapa kumpulan Anonymous ini mensasarkan laman web Malaysia untuk diserang juga tidak diketahui.
Sejak beberapa minggu lalu, aktiviti “mengodam” ini didapati semakin meningkat dengan beberapa kumpulan penggodam telah menyasarkan beberapa organisasi atas sebab politik.
Para penggodam setakat ini telah menyerang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan syarikat Sony Playstation Network, begitu juga dengan syarikat aeronotik, Lockheed Martin Corp dan Citibank di Amerika Utara.
Anonymous dituduh menggodam Playstation Network, namun jurucakap kumpulan itu menafikan dakwaan tersebut, dan menyatakan bahawa sasaran mereka adalah yang berunsur politik.
Negara Sepanyol bagaimanapun telah menahan tiga ahli yang berkemungkinan terlibat dalam aktiviti tersebut.
Anonymous merupakan kumpulan yang menggabungkan beberapa penggodam dari beberapa buah negara tetapi memiliki objektif atau sebab yang sama. Mereka beroperasi secara senyap dan amat teliti.
Sementara itu, AP melaporkan dari New York bahawa sekumpulan penggodam telah mendapat akses kepada laman web Senator Amerika Syarikat dan syarikat permainan video, Bethesda Softworks, antara siri-siri serangan siber terbaru yang mengakibatkan kerugian kepada ramai mangsa online.
Kumpulan tersebut, yang bergelar Lulz Security, menyatakan bahawa ia hanya akan mengeluarkan sedikit daripada semua data yang terdapat mengenai Senator itu ke laman webnya pada hari Isnin.
Merujuk samada perbuatan yang dilaporkan kepada Pentagon ini boleh diklasifikasikan sebagai langkah untuk berperang (act of war), kumpulan tersebut turut berkata,”adakah ini satu langkah untuk berperang? Masalah?”
Wakil dari pejabat Pegawai Keterbitan Senator tidak menjawab sebarang panggilan telefon untuk menjawab komen yang telah dikeluarkan pada hari Isnin.
Part 2
baca selanjutnya... mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons