Tuesday, June 28, 2011

Hantu Bonceng : Filem terbaru Ahmad Idham lakonan Zizan Raja Lawak


Sempena sambutan Aidilfitri dan sambutan bulan kemerdekaan, Hantu Bonceng (HB), lakonan hebat Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz dan ramai lagi, bakal memeriahkan sambutan musim berkenaan.
Hantu Bonceng merupakan filem kelima terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh pengarah terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
VIDEO TRAILER

Filem yang berkisarkan kisah seorang pemuda bernama Amran yang gemar berlumba motor drag secara haram. Konflik bermula apabila gadis Bohsia iaitu Maya yang dimenanginya dalam sebuah perlumbaan haram terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia setelah dibonceng oleh Amran. Sejak kejadian itu hidup Amran tidak tenteram kerana sering diganggu oleh hantu Maya yang meminta supaya mayatnya disempurnakan. Amran meminta bantuan kekasihnya, Halimaton serta rakannya Kunyit untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu.
Apakah yang bakal berlaku seterusnya kepada Amran?
Nantikan tayangan filem komedi yang bakal membuatkan anda pecah perut ini di pawagam bermula 31 Ogos 2011 bersamaan Hari Raya Aidilfitri ini.

p/s : Kalau Johan Raja Lawak ada mesti lagi 'best' filem ni.. kan kan??

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons