Tuesday, July 5, 2011

Noh Hujan dan Mizz Nina selamat diijabkabulkan





Majlis pernikahan antara Mizz Nina dan Noh Hujan telah selamat diijabkabulkan di kediaman Mizz Nina di Ukay Height, Ampang Selangor pada 1 Julai lepas.


Mohamad Noh Salleh dan Shazrina Tan Sri Azaman telah dinikahkan oleh bapa sendiri iaitu Tan Sri Azman Hashim disaksikan oleh Tok Kadi Ustaz Hj.Mohamed Khairi Bin Husin yang juga Imam Masjid Darul Ehsan,Tmn Tun Abdul Razak,Ampang. Individu yang lain yang turut terlibat sebagai saksi kepada kedua-dua pengantin baru ini ialah bapa Noh Salleh Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia Sdn Bhd, Datuk Adnan Alias bertindak sebagai saksi kepada kedua-dua pengantin. Tidak ketinggalan menyaksikan upacara akad nikah itu ialah ibu Nina, Puan Sri Arishah Tuanku Maamor dan ibu Noh, Dayang Soraya Abang Fadzail.

Majlis yang telah dihiasi dengan warna hitam putih ini telah dihadiri oleh kira-kira 150 orang tetamu. Selain keluarga dan sahabar handai,Diantara rakan artis yang hadir ialah Kumpulan Hujan sendiri dan artis dari kumpulan band yang lain.

Pihak lelaki telah menyerahkan wang hantaran wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak.




Ia dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin.

Menurut sumber, Noh bersyukur kerana pernikahan merekea berjalan dengan lancar ditambah dengan kehadiran kaum keluarga dan sahabat handai yang tidak putus putus memberikan sokongan terhadapnya. 

Ditanya mengenai rancangan untuk berbulan madu, Noh merancang untuk berbulan madu di United Kingdom, Rome dan Maldives selama dua minggu. Percutian ini juga dikira sebagai masa rehat untuk kedua dua pasangan suami isteri ini memandangkan kedua-dua mereka mempunyai jadual padat sebelum ini.


noh2.png

Ditanya adakah kedua dua pengantin baru ini akan merancang untuk mempunyai anak, Nina memberitahu dia belum memikirkan untuk memperoleh anak dalam masa terdekat. Ini kerana mereka mahu mengukuhkan kerjaya masing-masing terlebih dahulu dan selepas itu barulah memikirkan mengenai rancangan berkeluarga namun tidak menolak jika rezeki yang datang lebih awal. Rezeki anak ni orang cakap lain sikit tak sabar rasanya nak melihat bakal anak kepada Noh dan Nina nanti.
 
Pasangan ini bertemu sewaktu sama-sama bekerjasama menyanyikan lagu Kurnia ciptaan Noh pada 2008 dan cinta mula berputik setahun selepas itu. Pada majlis nikah itu, Noh mengenakan pakaian rekaan Shaiful Baharim manakala Nina mengenakan pakaian rekaan Lady Jane

Resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat telah diadakan pada 3 Julai 2011, di Hotel Shangri-La bertemakan Ungu Elegan. Kemudian, pasangan ini akan diraikan pada sebuah resepsi berkonsep Jepun bersama pihak media dan rakan-rakan pada 6 Julai ini manakala majlis sambut menantu (sebelah lelaki) akan diadakan di Miri, Sarawak pada 15 Julai depan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons