Saturday, August 20, 2011

K.NEWS : Kang Ho Dong tinggalkan 1N2D




DESAS-DESUS mengenai pengunduran pengacara (MC) popular Kang Ho Dong daripada program 1 Night 2 Days’ (1N2D) - Dua Hari Satu Malam nampaknya semakin bertiup kencang.
Terbaharu, produser yang juga pengarah program itu, Na Young Seok pula dikatakan telah menghantar surat peletakan jawatan.
Bagi peminat program realiti Korea, Ho Dong dan pengarah Na ialah dua nama yang cukup sinonim dengan 1N2D.
Justeru tidak hairanlah dalam laman web popular seperti Soompi, AllKpop dan sebagainya, komen tentang pengunduran kedua-duanya daripada program realiti pelancongan popular itu datang mencurah-curah.
Ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku di sebalik keputusan itu, malah tidak kurang yang berandaian “mungkin ada pihak yang telah menyinggung perasaan mereka berdua”.
Jika benarlah Ho Dong meninggalkan 1N2D, siapakah yang layak menggantikan tempatnya sebagai hos utama?
Walaupun aksi ‘terjerit-jerit’ Ho Dong ketika mengendalikan program itu kadangkala menjengkelkan, tidak dapat dinafikan beliau memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana.
Sebelum ini, anggota tim 1N2D pernah bertukar ganti namun program itu masih hidup kerana Ho Dong kekal di situ.
Apabila Kim C meninggalkan program itu, ramai peminat bersedih namun mereka akhirnya menerima penggantinya Kim Jong Min. Begitu juga yang berlaku apabila MC Mong terpaksa berundur kerana kes mahkamah yang dihadapinya, kehadiran ahli baru Uhm Taewoong dialu-alukan peminat program ini.



Perasaannya juga dijangka sama jika anggota lain – Eun Jiwon atau Lee Su Geun membuat keputusan berundur. Cuma mungkin sedikit terjejas jika bintang muda berbakat, Lee Seung Ki yang berbuat demikian.
Difahamkan keputusan Ho Dong dan pengarah Na untuk berundur tidak ada kaitan dengan perasaan tersinggung, cuma kedua-duanya ‘dipancing’ stesen lain dengan tawaran lebih lumayan.
Khabar angin itu mungkin berasas memandangkan dua bekas pengarah 1N2D kini sudah menyertai rangkaian kabel terbabit.
Mungkinkah 1N2D akan berkubur seperti juga program Love Letter dan X-Man? Atau mungkin inilah masanya untuk anggota 1N2D lain menyerlah sebagai MC?

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons