Thursday, March 3, 2011

Cara tidur Rasullah s.a.w



CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan     
berwuduk.

2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.

3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.

4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.




WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.

2) Selepas masuk waktu Asar.

3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.



Sunnah Tidur Tengahari

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh 
Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Polis UK menggunakan kereta Proton

Assalamualaikum.

ok.tajuk entri yang agak menarik.
kalo ni nak share dengan semua cerita pasal 
Polis Humberside UK guna kereta proton.

wah,agak teruja,
tak sangka jugak Polis Humberside UK sudi
nak menggunakan kereta buatan negara 
kita ni. 

Sebenarnya, pada tahun 90an lagi
waktu proton mula2 keluarkan proton 
Iswara, Proton UK buat tawaran pada Polis Humberside UK
untuk menggunakan kereta proton sebagai
kereta peronda mereka.

Dan selepas dari itu, 
Polis UK terus menggunakan
beberapa model kereta proton dan
pada tahun 2005 20 model
GEN-2 GSX telah ditempah.

Jom lihat gambar









Misteri Penjara Pudu

Assalamualaikum

entri kali ni nak share tentang misteri penjara
Pudu setelah usia penjara ini telah mencecah lebih 100 tahun.
ok jom lah baca. xpayah bebel lagi.




Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur

di suatu ketika dulu.. Hanya

boleh disebarkan pada orang2

tertentu sahaja...



Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu

pernah diceritakan bahawa terdapat

satu bilik dipanggil "Bilik

Terakhir". Dibilik inilah seringnya

berlaku kejadian pelik sejak Penjara

Pudu ditutup.



Dinamakan "BILIK

TERAKHIR " adalah kerana dulu ia

merupakan bilik kediaman terkahir

bagi si pesalah jenayah berat

sebelum menjalani hukuman gantung

sampai

mati pada keesokan harinya dibilik

gantung.



Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah

dikatakan akan meratap,menangis,

menjerit, bercakap seorang diri dan

berbagai lagi perlakuan kerana

menyesali kesalahan mereka yang

lalu. Mereka menjadi begitu kerana

dikatakan tidak kuat semangat

menghadapi maut keesokan harinya yang

telah diketahui mereka.



Menurut kata

warden-warden yang masih ada di

Penjara Pudu sewaktu proses

pengosongan Penjara Pudu dijalankan,

mereka sering terdengar suar a-suara

sayu meminta tolong, suara orang

menangis dan bermacam-macam lagi

dari Bilik Terakhir tesebut.



Tak kurang juga ada diantara warden yang

terlihat seekor kambing hitam

sering masuk menembusi pintu bilik

itu tanpa dibuka dan kemudian tidak

pula kelihatan kambing keluar semula..



Ramai bomoh dan pawang yang

dipanggil bagi memulihkan bilik

tersebut

mengatakan bahawa suara-suara yang

sering kedengaran diwaktu malam

dari Bilik Terakhir itu adalah

akibat roh-roh pesalah yang mati ditali

gantung tersebut tidak tenteram

kerana mati mereka ditali gantung.



Nak dijadikan cerita pada suatu

malam Jumaat ketika hujan

renyai-renyai seorang warden telah

ditugaskan mengawal kawasan yang

berhampiran dengan "Bilik Terakhir"

itu. Ketika sedang berkawal

kira-kira lebih kurang pukul 01:00

pagi beliau terdengar seperti tapak

kaki sedang berlari-lari berhampiran

bilik tersebut.



Ia cuba beranikan diri untuk untuk

melihat apakah bendanya itu.Sedang

ia mengamat-amati maka terlihatlah

dalam kesamaran seekor kambing

hitam sedang menuju kearah Bilik

Terakhir itu lalu lesap begitu saja.

Ia berasa harian bagaimana seekor

kambing boleh ada dikawasan itu?

Oleh kerana ingin tahu ia beranikan

juga diri menghampiri Bilik

Terakhir itu.



Alangkah terperanjatnya mendapati

pintu bilik itu telah bertukar

menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa

gementar, seram serta menggigil

ketakutan namun diberanikan juga

diri memasuki pintu gua yang

samar-samar itu sambil meninjau-

ninjau didalamnya jika terlihat akan

kambing tadi. Apabila apabila sampai

je kedalam gua tersebut alangkah

terperanjatnya ia bila didapati

banyak harta karun dalamnya.... Ia cuba

mengambil harta itu tetapi tiba-tiba

hilang dari pandangan lalu

menjelmalah satu lembaga yang

mengerikan seraya berkata,









"Heyyyyyy manusiaaa.. Jangan awak

sentuh harta itu.. Hartaaaa itu bukan

kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad

Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha

Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang

punyaaaaaa ... "






hehe.cerita rekaan semata mata:)


Tuesday, March 1, 2011

Misteri Ka'abah

Assalamualaikum

hai semua, entri kali ni nampak lebih suspen sikit.
saya ada terbaca satu artikel kat internet ni mengenai misteri ka'abah. ha nak tahu
apa yang misterinya, teruskan baca entri kat bawah ni k.

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?.”

Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada alasan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka’Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
http://www.eriricaldo.com/wp-content/uploads/2009/09/hajaraswad.jpg
Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga mampu mengambang di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Ka’bah ) dan pihak muzium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.


Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda:
Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam



(sumber : BloggerMu.com )


Jom kongsi cerita pada sapa2 yang belom pernah lagi
dengar pasal cerita ni.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons