Friday, August 19, 2011

Kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers sah milik Tony Fernandes





KUALA LUMPUR, (D5) - Tony Fernandes telah melengkapkan pembeliannya ke atas kelab baru naik ke Liga Perdana Inggeris iaitu Queens Park Rangers (QPR) hari ini.

Fernandes dengan ini memiliki 66% pemilikkan ke atas kelab dan akan menjalin kerjasama dengan keluarga Mittal yang memegang 33% saham.

Pengambilalihan ini menyaksikan jutawan penerbangan Asia berusia 47 tahun tersebut akan memegang jawatan selaku pengerusi QPR Holdings Ltd. dan turut bersama akan mengendalikan kelab tersebut ialah pemilik Tune Group Kamarudin Meranun.

Sebelum Fernandes cuba mendapatkan satu lagi kelab Inggeris iaitu West Ham tetapi menemui jalan buntu.

QPR merupakan sebuah kelab yang baru naik ke EPL selepas menanti hampir 15 tahun.

"Semua orang tahu saya sentiasa mengikuti perkembangan West Ham sepanjang hidup saya, tetapi QPR juga berada di sudut kecil hati saya," kata beliau.

"Saya mahu terlibat dalam bolasepak dan peluang yang diberikan QPR ini sesuatu yang sukar untuk ditolak," tambah Fernandes.
 


1 comments:

kaizen said...

kate2 dia tu bleh pakai ke?? nk kaut untung jer...

*harap2 pemain Msia boleh laa g try-out kat QPR tu...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons