Wednesday, February 23, 2011

maharaja lawak

Maharaja Lawak (MRL) sebuah lagi rancangan realiti yang akan dibawakan oleh Astro Warna yang akan menghimpunkan semua finalis Raja Lawak dari musim pertama sehingga kelima bagi merebut gelaran Maharaja Lawak.

peserta dalam pertandingan ini boleh bertanding secara solo ataupun berkumpulan.
info yang diberikan sekarang ni dengar ceritanya peserta yang bertanding secara solo ialah Nabil (RL2),
Amir, Jihan (RL3).

bagi peserta yang bertanding secara berkumpulan ialah kumpulan Sepah (RL3), kumpulan XN3 (RL2), kumpulan Yus dan Tauke (RL1) dan yang pasti kumpulan Jozan (Johan dan Zizan) dari peserta Raja Lawak musim yang pertama. rasa tak sabar nak tengok Johan dengan Zizan ni buat persembahan lebih2 lagi si Johan tu. makin lama makin menjadi jadi pulak lawak dia. Mana tak nya, tengok je lah gelagat si Johan tu dalam raja lawak dengan Oh Yeah tu. buat perangai habes. lawak je. memang versatil la Johan sekarang ni. keep it up bro!!

oh lupe,Pertandingan ni akan memulakan siarannya setiap Jumaat jam 10 malam mulai 1 April ini. dengar cerita hadiah keseluruhan untuk juara pertandingan ini bernilai RM600,000. Fuhh,memang lumayan kan.

tarikh siaran pun da tahu. jadi kita sama2 tunggu kan siarannya ok!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons