Thursday, February 24, 2011

Mini Rocketman Concept

Model baru kereta Mini Rocketman - adalah versi model klasik Mini tahun 60-an yang diubah suai dengan mengekalkan saiz asalnya.
Mini Rocketman direka untuk penggemar kenderaan itu yang tidak berpuas hati dengan model Mini rekaan BMW yang saiznya dikatakan terlalu besar apabila dibandingkan dengan model Mini yang asal.





Model pertama Mini ciptaan BMW mempunyai ukuran panjang 12 kaki 2 inci - iaitu dua kaki lebih panjang daripada model asal Mini yang direka 50 tahun lalu.
Model Mini Countryman yang diperkenalkan tahun lalu mempunyai ukuran 13 kaki 5 inci dan mengundang kritikan yang memberi gelaran Maxi kepada kenderaan itu. Mini Rocketman lebih mirip model asal Mini yang berukuran 11 kaki panjang dan 6 kaki lebar.

Pengeluar kereta BMW yang melancarkan semula model Mini pada 2001 akan mempamerkan model Mini Rocketman minggu depan di Pameran Automobil Antarabangsa Geneva, di Switzerland. Kemudian ia akan dipamerkan dalam pameran kereta yang lain bagi menarik perhatian umum. Pengarah Pemasaran, Ian Robertson berkata: “Kami menilai respon orang ramai terhadap Mini Rocketman sebelum memutuskan sama ada ia sesuai dijual.

“Mini mempunyai sejarah yang gemilang tetapi model terbaiknya belum lagi menemui pengguna.”

sumber : harianmetro



jom usha sikit video 





sapa2 nak dapatkan lebih info korang boleh tengok dekat link ni ok 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons