Friday, June 17, 2011

Perpecahan akibat perebutan kuasa merugikan umat Islam.

gambar sekadar hiasan


SEJARAH perpecahan umat Islam bermula sebaik kewafatan Rasulullah SAW apabila ada pihak menolak kepemimpinan Khalifah Abu Bakar. Selagi manusia mampu dikuasai syaitan, perpecahan tetap berlaku. Syaitan berjanji memporak-perandakan seluruh keturunan Adam agar melakukan kemusnahan dan kerosakan di muka bumi akibat perpecahan.
Rasulullah SAW pernah memperkatakan mengenai perpecahan di kalangan umat Islam. Hadis diriwayatkan Tirmizi bermaksud: “Orang Yahudi berpecah kepada 72 golongan dan orang Nasrani juga berpecah sebanyak itu, tetapi umatku akan berpecah kepada 73 golongan.” Daripada 73 golongan itu, hanya satu golongan akan memasuki syurga, sedangkan yang lain itu bakal menghuni neraka.
Faktor utama menyebabkan perpecahan umat Islam ialah perebutan kuasa pemerintahan. Islam agama universal yang mementingkan perpaduan berdasarkan kepada satu matlamat iaitu mencari keredaan Allah.
Firman Allah dalam surah al-Anbiya, ayat 92 bermaksud: “Sesungguhnya (agama Islam) ini adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.”
Allah dan Rasul-Nya tidak reda kepada sebarang bentuk perpecahan. Banyak ayat al-Quran dan sunnah yang menyebut mengenai pentingnya menjaga perpaduan ummah dan mengelak sebarang perpecahan.
Menolak perpaduan dibawa oleh Islam samalah seperti menolak rahmat Allah. Allah menjanjikan kebahagiaan di dunia dan akhirat kepada mereka yang mementingkan ikatan persaudaraan dan menjauhkan persengketaan.
Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW mengambil pendekatan menyatukan seluruh puak dan keturunan dengan satu piagam seluruh umat Islam adalah bersaudara.
Hubungan dengan bukan Islam yang tidak memusuhi Islam dihormati sebagai jiran, rakan dan rakyat yang tetap mendapat hak mereka.
Sikap umat Islam yang sentiasa berpecah-pecah menjadi senjata musuh Islam untuk terus menindas umat Islam. Seorang tokoh bukan Islam pernah berkata: “Kalaulah orang Islam bersatu di dalam satu empayar Arab, mereka boleh menjadi satu bala dan bahaya kepada dunia. Kalaulah mereka masih bersengketa sesama sendiri, selagi itulah mereka tidak mempunyai sebarang kekuatan dan pengaruh.”

3 comments:

kaizen said...

nak bersatu mcm mane kalau 1 pihak berpegang pada prinsip duniawi & 1 lg nak tegakkan hukum Allah

*bukan kire soal kaum tapi soal agama...

Haqim Mohamad said...

sebab tu pentingny ksepakatan, prbincangan..
cari jln utk bsatu.
ketepikn ideologi yg berbeza.

insyallah klw masing2 ktepikn ideologi politik masing2,
dn mengembalikn prpaduan umat islam, kite pasti mnjadi kuat..

nk k kte jadi mcm palestin..
ap yg trjadi dkt ngra dorg hari ni pon sbb ptelingkahan pmmpin diorg..

Mgamalkn hidup bpuak.

kesanny ngra sndri tgadai..

dlm ngra kita sndri da ad bnde 2..
dan smakin mnjadi2..

kaizen said...

balik kepada hukum Allah baru la senang...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons